Jari manisnya tersarung sebentuk cincin. Mengelus-elus lembut batu cincin, cantik. Mata-mata lain memuji sambil mengucapkan tahniah kepadanya.
"Wah, dah 'berpunya' rupanya! awat tak habaq? "
"cantiknya cincin, diam diam ubi berisi ea? "
"Ehem, dah khitbah rupanya ukhti ."
Dia tersenyum, tidak mengangguk, tidak menggeleng. Sahabat-sahabat mula berlalu pergi,hanya tinggal dia seorang, di taman itu.Mereka baru selesai liqo'. Alhamdulillah, syukur Allah masih beri kesempatan untuknya bernafas dalam tarbiyyah. Teringat kembali peristiwa setahun lepas, tatkala sentuhan murobbi hinggap pertama kali di hatinya.
Peristiwa setahun yang lepas takkan pernah luput dari ingatannya. Kisah bagaimana perjalanan sebuah tarbiyyah bermula. Allah. Dia sendiri seakan tidak percaya dengan perubahan yang dialaminya sekarang, berjubah, bertudung labuh, hand-socks, stoking. Tiada lagi selendang warna-warni menghiasi kepala, tiada lagi jeans skinny, tiada lagi t-shirt ketat di tubuhnya. Sudah dibuangnya jauh-jauh imej lama itu. Dia malu sebenarnya, malu memikirkan diri yang lama. Tapi digagahkan diri untuk berubah, tabahkan hati bersedia menadah telinga menerima ejekan dan perlian yang bakal diterima. Sudah dia bekali dengan senyuman di hati, sudah dia tekadkan azam, dia berubah bukan kerana manusia, tetapi kerana Tuhannya.
Begitulah perjalanannya bermula, pahit manis, lelah duri, semuanya telah tertulis dengan rapi .Alhamdulillah, masih lagi bertahan berdiri. Akhawat merupakan kekuatan utama selepas dia memasuki relung dakwah dan tarbiyyah ini. Ibarat menanam benih, dia mula menyemai fikrah islamiyyah, memperteguhkan lagi iman dan aqidahnya, semoga nanti membuahkan amal dan akhlak yang manis, semuanya demi redha Allah.
Hari ini dia di sini, bersama usrati tersayang, yang sama-sama meredah hujan dan badai di dalam dakwah dan tarbiyyah. Mereka menangis bersama, tertawa bersama, Allah, dunia seperti taman syurga bila ada mereka. Mereka berkumpul berbincang mengenai masalah ummat, bersama memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk dakwah muntij, bersatu dalam memperjuangkan tujuan yang satu-- Ustaziyatul Alam.
Dia memandang kembali cincin di jari manisnya, terletak sempurna. Ya, dia sudah bernikah. Bukan dengan mana-mana ar-rijjal, tetapi dia bernikah dengan jalan dakwah. Dia memilih untuk nikahi dakwah, kerana itu dia sudah sediakan diri sepenuhnya untuk diinfakkan di jalan ini, jalan untuk menemui Ilahi. Dia merasai bahagianya di jalan dakwah ini,bahagia yang tidak akan dirasai jika dia tidak mengenal tarbiyyah, kerana itu dia memilihnya.
Bukan tidak pernah dia didatangi suara-suara yang bertanyakan pemilik hati, tetapi dia tekad, hanya senyuman sebagai ganti penolakan. Bukan dia tidak punya hati, tetapi hatinya seakan mati tatkala ummah ibarat buih-buih di gigi air, yang berpecah belah terhempas di batu peradaban sekulerisme. Imannya menangis ketika melihat saudara seakidahnya diseksa dan dianiaya. Sakit, tenat, itulah yang dirasainya. Oleh itu dia merasakan tanggungjawabnya untuk mengembalikan kegemilangan ummat, iaitu dengan menjalani dakwah sepenuh hati. Dia punya Tuhan untuk mengadu, tidak pernah kesepian kerana dia tahu, Tuhan tidak pernah meninggalkannya.
Cincin di jarinya bukan tanda ikatan istimewa, melainkan hanya mengingatkan diri bahawa dia sudah 'menikahi' jalan dakwah ini, maka semestinya dia harus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang dai'e dengan sepenuh hati. Biarlah hatinya diisi dengan cinta Ilahi, biar mantap fikrah dan aqidah di hati, mengejar keredhaan Allah, mahu jadi bidadari kesayanganNya. Mungkin nanti dia tidak peroleh cinta di dunia, tetapi dia yakin, di syurga nanti ada cinta yang lebih bahagia untuknya.
"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah maha mengetahui."Ali Imran : 92
di jalan ini dia bernikah, mengharapkan keredhaan dariNya. ~SR~ 20112011 |
The one who ends conversations quickly.
The one who looks away when guys talk to her.
The one who stays away from all physical contact.
She doesn’t talk inappropriately.
She covers properly.
She loves Allah more than anything else.
The one who knows when to let things go.
The one who knows how to handle arguments.
The one who doesn’t lose her temper too quickly.
Loving. Passionate. Understanding. Careful. Intelligent.
She is the one.
p/s : cerpen rekaan. refleksi hati.
10 comments:
:')
doa dr jauh untuk kkk ku syg :)
semoga yang terbaik untuk rai juga syg. :')
semoga.
perjuangan xkn prnh selesai selagi masih ada fikiran brjalan
:') semoga perjuangan itu membawa kita bertemu Tuhan.
robbuna yusahhil..insyaAllah ukhti :)
ameen insyAllah,semoga kamu juga. aisyah ^^
ya Rabb,saya benar-benar tersentuh kak.......
sungguh bertekad menikahi jalan ini.
:')
semoga dik,semoga.
andai kita mati,matilah dalam keadaan mencintai jalan dakwah ini.
supaya nanti ia akan temukan kita dengan KEKASIH di sana.
^^
InsyaAllah, kak :)
Saya doakan yang terbaik untuk akak ;)
Post a Comment