Kisah aku bukan sempurna,
tulisan ini cuma luahan rasa,
sambil berkongsi ilmu yang ada,
ada juga contengan futur yang menggila,
apa yang baik,semua dari-Nya,
ambillah, sebarkanlah, manfaatkanlah,
Islam itu untuk semua.
tetapi ku mohon,
jika ada yang buruk,tegurlah diriku,
agar tidak terus terleka, atas kesenangan dan pujian yang melalaikan,
akhawat itu juga manusia,
akhawat itu masih lagi hamba yang berbuat dosa,
cuma cuma, mereka itu adalah orang yang berusaha,
untuk kembali bersujud menyembah Tuhannya.
tegurlah jika aku tersasar dari hala,
kerana diri ini masih lagi berusaha,
untuk bernafas dalam jiwa hamba.
Kalau ada benda yang tak elok yang kalian nampak pada saya,please... the bad is me, myself. Islam sangat indah dan terlalu sempurna, tapi yang buruk serta teruk itu ialah saya. Jangan kesalahan saya atau kesilapan saya dikaitkan dengan nilai dan keindahan islam itu.
-akhi iqbalsyarie( Bayyinat )
Islam itu indah sempurna, hanya aku yang pincang amalnya. Allah Allah.. masih berjiwa hamba, -sr- 01112011 |
2 comments:
same here pika
sangat bersetuju dgn stetmen akhi bayyinat
kita hanya manusia
terkadang alpa
teguran membina
sangat didamba
ditto!
Akak, salam alayk :)
Betul kan? Allahu, orang non-muslim mengenali Islam melalui orang-orang Islam itu sendiri, kadang-kadang bila kita berbuat salah, akan datangkan fitnah besar pada Islam itu.
aiwah,teguran membina ! teguran dari Allah :')
Alhamdulillah..
Post a Comment