Ya rabb,
aku merindui rasa itu,
rasa pertama kali dahulu,
saat Kau hulurkan tangan-Mu,
menarik aku keluar dari lumpur kotor pekat hitam,
ke tanah tinggi lapang cerah suci dan terang.
Ya Allah,
adakah aku lupa,
adakah aku masih di lumpur yang sama,
adakah aku masih tidak berubah?
Ya Malik ya Muhaimin,
tolong ya Allah,
berikan aku rasai sekali lagi,
rasa itu.
Wahai.
hati yang tercemar,
sucikanlah dirimu!
Usah bermimpi mahu ke bulan,
andai kaki masih kuat pasak di hutan.
Allah Allah,
ummah ku yang terluka.
6 comments:
:')
Husna,
:')
rindu.
semoga dalam jagaan Allah sentiasa ye?
salam kakak yang punya senyum lebar^____^
insyaAllah,selamanya pun akan Allah berikan rasa itu cuma berbeza sedikit kot,sebab dah jalan jauh-jauh mendekati syurga...perit ditengah-tengah,kemanisan yang bakal bertambah-tambah terkumpul di syurga buat pika,insyaAllah...
meh la datang KT...syafa tunggu ea...tak kira,tak kirasyafa tunggu jugak...^^hehe
sy juga merindui rasa itu..rasa kekosongan yg Allah kirimkan untuk menyedarkan sy..saat itu air mata mudah sekali mengalir..tanpa perlu dipaksa..saat itu jua,tiap apa yg dilakukan seolah2 hanya utk Allah..tiada kaitan dengan duniawi.. Tika kekosongan itu, tiada yg disesali krana apa yg dilakukan sgt bermakna..tapi skrg rasa itu hilang..yg tinggal hanya sisa2 kesedaran yang ada pasang surutnya.. Allah..sedihnya hati.. :'(
Ingin aku terus suci dari lumpur itu )'=
p/s : sebak membaca. Allahu Allah. Sayang Syafiqah Rahmat, hanya kerana Dia, hanya kerana Dia. ('=
wahai yang berada di sana.
kita sedang merasakan hal yang sama.
teruskan berjuang mencariNya, Dia memerhatikan kesungguhanmu.. doakan yang berada di sini ya.
~uhibbukifillah..
(yang selalu membaca secara diam-diam).
Post a Comment