Friday, 30 December 2011

Manusia Seni

Bismillahirrahmanirrahim...
manusia seni.
-akhawat-

Layaknya manusia seni itu harus ada apa?

Bakat

atau

rupa


...atau keduanya.

sinisnya mata mereka.

memilih yang berupa dari yang berbakat.

dan yang berbakat,

jalanan menjadi pentas.

tiada sorakan.

tiada tepukan.

kaku,

memetik kod-kod gitar mengisi heningnya sebuah lorong di kesesakan lalu ramai.

Dunia gegak gempita, tetapi terasa bisu kerana dia dalam dunianya.

sungguh,bakatnya tiada ternilai.

tapi sayang,

rupanya tiada.

Yang berupa, dijulang-julang,

dipuji dan diberi pingat.

sadis bukan.

dan ya, aku tiada rupa, hanya mengharapkan semoga ada sedikit bakat,
untuk ku teruskan kehidupan.

"...dan Dia mengangkat darjat sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas kurnia yang diberikannya kepadamu......" Al An'am :165

~SR 30122011~



sebelum menutup tirai 2011, layaknya dihadiahkan bait rantai kata. Hadiah untuk tahun kedua blog ini bersama saya.

Ini bukan puisi, kerana saya bukan pemuisi.

atau boleh digelar, seni? mungkin apa saja.

Mengagumi manusia seni, belum cukup menjadikan saya salah satu antara mereka.

kekangan bahasa barangkali?

saya tidak reti. Menulis bahasa yang 'lepas' untuk dirangkapkan.

mereka kata jangan hipokrit dalam sajak.

sehingga 'jadah, bajingan, sialan' digunakan ,
katanya melontarkan rasa hati,
agar tiada bersisa.

tapi saya tak boleh.

entah.

tidak terluah.

sejak disentuh tarbiyyah,
lembut menyemai benih insaniah, akhlak islamiyyah,
dalam diri,

sebaik mungkin, mahu menjadi layaknya akhlak
manusia lindungan awan itu.

Ar Rasul Qudwatuna.

:')

walaupun saya bukan hasil produk tarbiyyah terbaik.

oleh itu, maafkan saya,
saya bukan pemuisi yang hebat.

sekadar contengan buruk kepingan papan.

mungkin dakwah ini tidak perlukan saya,
tapi saya perlukan ia.
untuk bernafas.


tsumma Alhamdulillah.

*senyum segaris*


p.s :  saya masih membaca karya manusia-manusia seni, kesukaan .  :)

10 comments:

Faaein Talip Roy said...

seorang sahabat pernah berkata..

dari seseorang yang bergelar sasterawan mungkin..

"setiap kata-kata itu adalah puisi.. biar pun hanya sepotong ayat.."


nice lah Qautsar.. suka baca..

setiap kata-kata itu rasa indah belaka..

sesuatu perasaan terpalit dalam diri..

cemburu mungkin..

ya cemburu melihat tarbiyah dalam diri kamu..

p/s: sentiasa suka baca karya-karya kamu.. ^^,

Qautsar said...

Ukhti Faaein,:')

"biarpun hanya sepotong ayat.."

Allahu..

setiap kata-kata yang bermanfaat, insyaAllah dikiraNya sebagai satu kebaikan kan?

semoga.

:')

tiba-tiba terlintas nak tulis entry ni, lepas dengar lagu Yuna.

saya pernah meminati seninya,

tapi dulu.

^^

sekarang suka-suka saja :)

Allah ukhti, takde yang dicemburukan. Tarbiyyah itu juga milik kamu, :') Allah memberi tarbiyyahNya dalam setiap ujian kita. kan? :')

sama2 kita usaha menjadi hambaNya yang terbaik ya? ^^

jzkillah kheir ukhti.
jujurnya,saya lebih mencemburui kamu tahu? :)

seni tangan kamu subhanaAllah, sangat indah pada setiap sentuhan gambar :)

sama2 kita gunakan bakat ke jalan Islam ya? :)

<3
peminat kamu,
dari jauh.

:)

nusrah said...

As for me, everything that comes from Allah, its called art.

Manusia itu memang tidak dapat lari dari seni kerana kita juga hasil seni dari Tuhan, subhanaAllah.

Mencintai jalan dakwah dan tarbiyah itu juga satu seni.. Seni utk mendekatkan diri dgn Allah..

Nice one syafiqah, seni itu indah..! ^^

qaseh ashuffi_zahirah said...

mungkin..seni itu sukar diungkapkan
tetapi seni itu sebenarnya apabila ia lahir dari hati diterima dgn hati dan membawa sesuatu ke dalam hati

teruskan menulis
kerana papan buruk itu sebenarnya sutera indah bagiku

:') syg akak selamanya

Muhammad Elhafidz said...

Salam Pika. Memberanikan diri mencoret sedikit kata-kata di ruangan ini. Hekhek~

Bait kalam yang indah, seperti biasa! Ya Allah, bagi saya, awak sudahpun tergolong dari kalangan manusia yang sungguh berseni, Pika. Jujur.

Teringat satu petikan kata-kata dari drama Nodame Cantabile yang pernah saya tonton 4 tahun lalu. Katanya seorang pemuzik memerlukan 'bakat' dan 'peluang' untuk establish.

Barangkali awak masih dalam saat penantian satu 'peluang'? Atau 'peluang' sedang menanti awak? Hehe. ^~^

MohdHafizan said...

yes, you are one of those people so called 'manusia seni' :)

Qautsar said...

Ukhti Nusrah,

A'ahlah,tak terfikir pula ^^ mashaAllah! manusia itu sendiri adalah seni ciptaan Allah yang paling indah.

Allahu Allah..
jazakillahkhayr kak ingatkan saya yang alpa.

:')

na'am,mencintai dakwah itu juga seni. subhanaAllah.

:')


Zahirah,

*senyum*
betulkan? seni itu adalah yang terkesan di hati, dan mentarbiyyah pada akhirnya.

:')

sayang awak juga! kuatkan hati ye? akak selalu ada utk zahirah tahu? insyaAllah :)

moga papan buruk ini menjadi sutera indah buat kamu sayang. semoga. :)


Hafidz!
maaf lambat balas kat sini.

Waalaikumussalam warahmatullah. :)

terima kasih atas kunjungan dan coretannya.:') sangat.

Mungkin.
'peluang' dan 'bakat' , pasangan kombinasi terbaik kan?

thanks 'cousin'. really :)


Hafizan,

Allahu Allah..

'manusia seni.'

:')

semoga seni ini akan menjadi tarbiyyah pada akhirnya.

syukran akh.

Aliyah Al~Istiqamah said...

ayat-ayat akak
jarang-jarang sekali tidak pernah tersentuh di hearty :)

Qautsar said...

Aliyah,

:')

Allah....

apa adanya pada seorang hamba untuk dipersembahan pada Tuhannya kelak?

hanya tulisan ini sahaja agaknya.

Cahaya Kelapangan said...

salam alaik ukhti..

kita punya minat yang sama mungkin, suka pada karya2 seni (walaupun saya tak pandai berseni..hehe..).

Apapun dakwah dan tarbiyah itu juga memerlukan seni kan? Seni dalam menyampaikannya agar manusia cinta pada Pencipta..

-terus menghasilkan karya2 yang menggugah jiwa ya ukhti..^^,-