Thursday, 22 December 2011

Tempat Asalnya Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Jari-jari menyentuh papan kekunci mencari aksara yang mahu dirangkai,
menjadi sebuah kata, pada sebuah bicara bisu yang tidak pernah terucap.

Kisahnya, tidak pernah diceritakan pada siapa-siapa.
kisahnya, masih tersimpan erat pada sebuah rasa yang ditutup erat.
dia tahu, tidak perlu adukan pada makhluk andai seluruh dunia membenci,
sebaliknya adukanlah pada Allah, yang Maha Tinggi, Maha Mengasihani,
disitulah tempat asalnya cinta,
tempat asalnya syurga,

dan Dia jugalah yang maha mengetahui, akan jalan pada setiap onak duri,
yang mencucuki kaki dalam melalui jalan dakwah ini.

jalan ini, tidak pernah ku janjikan akan selalu senang,
jalan ini, tidak pernah ku janjikan akan selalu tawa dan senda gurau,
tetapi seringkalinya jalan ini,
akan menuntut tangis dan air mata,
akan menuntut jiwa dan pengorbanan,
katanya masih mahu cinta,
itulah bayaran bagi sebuah syurga.

Siapa sangka, diri yang dahulunya pendosa,
kini sujud menyembah Tuhan yang Satu.
begitu banyak jahiliyyah bersarang, begitu banyak dosa yang dibuat,
masihkah sudi lagi diampuni Tuhan?

Ya Rabbi, pada setiap hujung sendu tangis,
Engkau tahu,
pada setiap luka darah di hati,
Engkau tahu,
pada setiap sakitnya iman keringnya ruhi,
Engkau tahu.

...dan begitu banyak lagi ilmu-Mu meliputi seluruh makna kehidupan di atas bumi.
tetapi berapa ramai pula yang reti mensyukuri?

Bila engkau kehausan cinta,
maka kembalilah,
kembalilah ke tempat asalnya cinta itu,
tiada dua, tiada tiga,
hanya satu.
Allah.

...kerana hanya pada Allah-lah milik segala rasa itu.

Hidup tiada makna tanpa cinta?
aku katakan, hidup tiada makna jika engkau tidak mengenal Allah.
kerana mahabbah(cinta) itu bermula dari sebuah perkenalan,
bila engkau kenal Allah,
maka engkau mencintaiNya,
bila engkau kenal Rasulullah (saw)
maka engkau mencintainya.
dan engkau akan mencintai perjuangannya.

sekarang,
aku mahu kembali ke tempat asal cinta,
mahu ikut sekali?

mari.

*senyum.hulur tangan*

Cinta itu bermula pada tempat yang satu.

Bila mana engkau mencintai Allah,
maka Dia akan mencintaimu.

:)

9 comments:

qaseh ashuffi_zahirah said...

nak ikut :')

Nia Ridzwan said...

Subhanallah. Indah, cukup indah :')

*sambut huluran tangan anda*

jamilah said...

tepat sekali.
Saat kita mendekati DIA.
DIA makin menghampiri kita.

~Salam Ukhuwah, Qauthar.

Anonymous said...

mari. meyambut hulura tangan=D

Heavenskeys said...

Ya, Dia Maha Tahu setiap inci perkara.

Mari, berlari - lari ke tempat asal cinta.



Salam kenal (:

Qautsar said...

zahirah,

jom? ^^

Nia,
alhamdulillah,

semoga huluran ini akan membawa kita bertemuNya.

:') tq dik. jzkk.

Ukhti Jamilah,
salam ukhuwwah kembali :')
mahu pinjam kekuatan kamu boleh?^^

anon,
:) jom?
sama sama kembali ke tempat asalnya cinta.

Heavenskeys,
Allahussomad.

:) semoga bertemu 'cinta' yang dicari.

salam ukhuwwah.

qaseh ashuffi_zahirah said...

jom2 kak...:)

almanjuniyy abdullah said...

Allah telah mencintai hamba-Nya sebelum hamba-Nya itu mencintai Nya...

Anonymous said...

subhanallah..sgt2 menyentuh hati :')