bersama akhawat dari jepun dan korea,Gyeoul Gathering 2011. ;) |
Syukur ku padaMu tiada penghujung..lama aku memerhati..mendalami..processing..fikiran manusia di sekeliling ku..lambat, untuk ku betul-betul menangkap apa di fikiran mereka.seringkali persoalan ini bertandang di otak. Siapakah Ilah di hatimu?
proses itu masih berjalan.perlahan,mengambil masa untuk tafahum dengan manusia.tapi berbaloi insyaAllah.kerana itu lah asas dakwah kita. :)
maafkan saya,lama tidak menulis. di sini mungkin boleh berkongsi sedikit,isi hati barangkali.dengan para pembaca.bukan dari tulisan saya.ia dari seorang akhawat yang saya kira sangat hebat.semoga ada yang bermanfaat dari tulisan ini untuk kita semua. ;)
****
Apa ertinya aku memeluk dakwah? -Laskar Mentari-
banyak ertinya wahai sahabatku.
Dakwahlah yang menyaksikan Rasulullah saw yang amat kita sayangi dicaci, dihina, dilempar dengan batu-batu sehingga cedera tubuhnya, dilonggok najis ternakan diatas lehernya, dibenci dan dimaki hingga hari ini…
Dakwahlah yang menyaksikan Khabbab Al ‘Arat hancur daging-daging di belakang tubuhnya kerana dibaringkan diatas bara api yang sangat panas, hanya kerana keIslamannya dan keinginannya untuk mendakapi dakwah Rasulullah…
Dakwahlah yang menyaksikan Ammar bin Yasir melutut dengan penuh hiba dan duka tatkala ibunya Sumaiyyah dibunuh, disula farajnya di hadapan anak kesayangannya sendiri…
Dakwahlah yang menyaksikan Hassan Al Banna ditembak dan dibiarkan mengalami pendarahan yang teruk sehingga syahid, tanpa sebarang rawatan dan ubat-ubatan, hanya kerana seruan-seruan beliau mengajak manusia kepada Allah dan Rasul.
Dakwah menjanjikan seribu satu kesedihan dan kepenatan, beban dan kesusahan, pahit dan kesukaran. Aku tidak akan menipu kalian. Kerana hakikatnya memang begitu. Inilah jalannya yang telah dilalui orang-orang terdahulu. Sunnatullah dalam dakwah, ada waktunya kita di atas, tapi selalunya kita di bawah. Ada waktunya kita mudah, tapi selalunya kita akan susah.
Tapi ada satu jaminan yang akan menghilangkan penatmu tatkala kau terasa keletihan, yang akan menguatkanmu tatkala kau kelelahan, yang akan memberimu semangat tatkala kau kelemahan, yang akan menggembirakan hatimu tatkala kau kesedihan, dan yang akan membuka matamu tatkala kau kelekaan.
SYURGA
" Wahai orang-orang beriman! Mahu kah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ”
Kalian mahu atau tidak??? Kalau mahu…
Ini dia tawarannya:
“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ketempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung.”
(As Saff: 9-11)
Apa ertinya kamu memeluk dakwah ini?
Ertinya akan ada waktunya kamu sangat mahukan kebaikan untuk manusia disekeliling kamu, tetapi mereka tidak mahu kebaikan untuk diri mereka sendiri. Lebih menyedihkan lagi, mungkin kadang-kadang mereka juga tidak mahu kebaikan untuk diri kamu.
Ertinya akan ada waktunya kamu sangat mahu mendekati dan mendakwahi sahabatmu, tetapi dia berharap kamu tidak pernah wujud dan berharap dia tidak pernah mengenali kamu.
Ertinya akan ada waktunya kamu sangat kesuntukan wang dan masa tetapi kerana tuntutan dakwah dan tarbiyyah ini, kamu gagahkan juga mengeluarkan simpananmu, agar dapat sama-sama membantu saudaramu.
Tapi, tapi…
Ertinya akan ada waktu, kamu melihat manusia berubah sedikit demi sedikit, dari sekular kepada Islam, dari jauh kepada dekat, dari keras kepada lembut, setelah disentuh nikmat tarbiyyah dan merasainya manisnya sebuah ukhuwwah.
Ertinya akan ada juga waktu, kamu tidak mampu memenuhi hak kesemua orang di sekelilingmu, lantas sedikit demi sedikit kamu mula diasingkan dan dijauhi, kerana berbezanya matlamat hidupmu yang terlalu besar untuk mereka fahami. Tapi ertinya, kamu dapat merasai sedikit cebisan perasan Nabi dan para sahabat ketika mereka dijauhi suatu ketika dahulu…
Ertinya, kamu juga berpotensi besar untuk mendapat unta merah dan dunia seluruhnya…
Maka, untuk semua erti-erti dan makna-makna pahit tapi indah di jalan dakwah ini, aku serahkan kepada kalian untuk memilih.
Dan sesungguhnya, memeluk dakwah seolah-olah beerti memeluk erat seutas tali yang sudah bersambung ke pintu syurga. Tinggal untuk direntap tali itu dengan sepenuh tenaga dan kudrat yang ada, yaum ba’da yaum, agar bila masanya tiba kelak, terbukalah pintu syurga dan masuklah kalian dari mana-mana gerbang yang kalian suka. InshaAllah. Pasti Allah sentiasa mendengar doa-doa dan harapan-harapan kita. wallahualam.
*****
Jadi, sekarang apa pilihan kita?
*senyum*
semoga kalian berada dalam lindungan Allah selalu. saling mendoakan untuk kekuatan.:)
Kerana semalam, jahiliyah itu adalah ujian,
hari ini ia adalah tarbiyyah,
dan esok ia adalah dakwah.
7 comments:
*senyum*
lapang hati membacanya. :)
doakan ana untuk terus tsabat dalam tarbiyyah. kadangkadang rasa penat sangat menghadapi dunia yg stigmanya amat berbeza dengan fikrah kita.
ukhti! ^^ Assalamualaikum :)
Alhamdulillah.. insyaAllah..
ana akan doakan segala yg terbaik utk ukhti :) biasa la tu.tp jgn rsau, kte pnjam kekuatan dari akhawat2..sama2 pmpin tangan utk jalan dakwah yg Allah pilih utk kita :)
meresap....
gud3~~
^^ Alhamdulillah..jzkillah kheir sahabat :)
Alhamdulillah.. :)
alhamdulillah...
as saff 10-11...sma2 kite menerima twaran yg dijanjikn olehNya...I.ALLAH
subhanaAllah..terharunyeaaa..huhu
Post a Comment