Saturday 17 September 2011

Ahsanu 'Amal

Bismillahirrahmanirrahim..

Jika kamu ingin mengetahui bagaimana perwatakan dan pemikiran seseorang itu, maka lihatlah buku yang dibacanya.Soalan,buku jenis apakah yang bakal membentuk fikrah kita?dari neraca yang bagaimana kah yang bakal kita melihat dunia?

Dalam hidup, ada benda yang jika kita tidak persoalkan, maka semua orang dapat memahaminya, tetapi jika kita persoalkannya sekali, pasti mereka terdiam. Tiada jawapan. Contohnya, sekarang waktu pukul berapa? Tapi apa pula definisi waktu (masa) itu? 时间是什么?

Masa itu makhluk Allah.Dia beredar dan berputar mengikut kitaran yang Allah tetapkan. Hari yang kita miliki sekarang ini akan berlalu pergi dengan tenggelamnya matahari, dan ia tidak akan kembali sehinggalah waktu di padang Mahsyar nanti, di hadapan Allah, 'dia' akan menjadi saksi. Allah akan bertanyakan apa yang kita telah perbuat dengan 'hari' yang pergi ini. Bagaimana amal kita? baik kah? atau buruk?

"Perkara yang paling aku kesali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurang, tetapi amalku tidak bertambah." -Ibnu Masu'd

Saya bukan mahu mengulas apa yang kita buat dalam sehari hari dalam hidup, terpulang pada setiap hamba yang mengerjakan amal ibadahnya, hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah, cuma di sini, yang bercakap lebih buat diri sendiri sebenarnya, apakah di sebalik setiap amalan ini, tujuannya untuk apa?

Cuba tanyakan pada diri, jika Allah tidak menciptakan syurga dan neraka, masih mahukah kita melakukan amal ibadah kepadaNya?

bukan jawapan yang saya mahukan.Fikir, dan muhasabahlah, lebih buat diri sendiri.

Ramadhan sudah berlalu, masih padu kah momentum kita mengumpul pahala?
ya, jujurnya, saya merindui Ramadhan. Sangat-sangat.
tiapkali melihat video yang memaparkan ruginya kita kerana tidak bersungguh-sungguh beramal dalam bulan mulia itu, tiapkali itu juga saya memarahi diri, menangis menyesali kerana sayalah hamba yang tidak bersyukur itu.

"Ramadhan has passed.
Our Qur'ans have shut.
Our masjid have emptied.
And our hearts have once again filled with the love of life and the hatred of dead.

I beg you,
Please don't fold away your prayer mat and pack away your Quran.
keep your heart firm on Imaan.
and always fear Allah."

We get and forget.
but Allah give and forgive.
kan? ;'(

Hlovate pernah menulis dalam tulisannya, setiapkali kita membaca Quran, di dalam ayat-ayat yang Allah menceritakan betapa dahsyatnya azab bagi mereka yang mengingkariNya, pernah kah ada gentar di hati kita?
atau kita hanya terlalai dan leka dengan seruan Allah "wahai orang-orang yang beriman.." "kekal di dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai'' ,disajikan dengan pelbagai nikmat yang lain.
Persoalan di sini, adakah kita golongan yang diseru Allah? LAYAK kah kita?

jadilah seperti Bilal bin Rabbah, setiap kali Rasulullah saw menceritakan bagaimana azab yang diterima orang-orang kafir di neraka, Bilal menangis beriya-iya sehingga ditanyakan mengapa beliau menangis dengan begitu sedih sekali.Bilal menjawab, aku membayangkan yang aku menerima azab yang serupa, masihkah Allah menerima segala amal dan taubatku?"

SubhanaAllah ..MashaAllah..

Sahabat. Para salafus soleh.Mereka yang mengikuti jalan-jalan para rasul terdahulu.
adakah kita dikira golongan ini?

Al Quran yang kita ada hari ini, masih sama seperti para sahabat ketika menerima daripada Rasulullah saw,
tetapi, 'kita' hari ini, boleh kah menjadi hebat seperti sahabat-sahabat nabi saw?

Ukhti, Akhi, yang membaca atau tidak,
maaf jika terganggu dengan tulisan dari hamba yang hina ini, kalian yang mungkin sahaja amalnya lebih banyak dari saya, yang lebih diredhai Allah , sama-sama lah kita beristighfar, melihat dan check semula hati, adakah niat kita tercampur dengan ketidakikhlasan atau riya' dan takabbur, semua itu ibarat api yang memakan daun-daun kering, menghapus segala pahala amalan kita selama ini. Saya berdoa, dan berusaha, untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin, bukan kerana saya mahu menjadi mulia di mata manusia , tetapi saya kira, mungkin sahaja pahala yang sedikit ini, akan menjadi milik orang lain , kerana dosa-dosa saya terpaksa diganti dengan pahala amalan yang ada. Sedikit barangkali. Kerana saya, tetap masih seorang pendosa yang ingin kembali dengan taubatnya.

Alhamdulillah, semester baru ini masa saya makin terisi, sangat sibukk dan kadang-kadang rasa tidak sempat untuk berehat sebentar. Dakwah dan tarbiyyah yang seiring dengan tuntutan sebagai seorang pelajar, anak dan sahabat.Pujuk hati. Bekerjalah untuk akhirat seakan kita akan mati esok hari.Kan? ;') Semoga.

Semoga kalian tetap,dan thabat di jalan yang Allah pilih ini.
mohon juga doakan untuk saya.

masih lagi peringatan buat diri sendiri.jika ada yang dapat manfaat darinya, Alhamdulillah, Allah juga yang memberi hidayah.

~SR~
Allah melihat, malaikat mencatat.
ahsanu 'amala.
InsyaAllah.

p/s : Baru habis buat video. Semoga Allah redha. esok ada meeting dan banyak sangat kerja menanti dibuat, itu tak campur dengan buku-buku tarbawi yang kena habiskan bacaan. Allah.mohon redhailah amal hamba ini.

p/ss : oh ya,semalam Hari Malaysia.sungguh tak bersyukur betul syafiqah ni.-.-"

4 comments:

VegeSalad said...

nice entry.nak tgk video^^

Infiru said...

kak Sarah~ :) hee,tengah upload lagi ni kak.tapi tak tahu la boleh ke tak. aish.

.rai.di.sini. said...

nice post.^___^
dpt muhasabah diri.
demi masa. sesungguhnya manusia di dalam kerugian. melainkan. yg beriman dan beramal soleh. serta berpesan pesan dgn kebenaran dan kesabaran :)

Infiru said...

Sis Raihana, ;)

Jazakillah kheir,semoga ada manfaat untuk kita semua.
yup,betul tu :) insyaAllah kita sama berusaha menjadi golongan yang disebutkan dalam surah tu :) Ameen.