Memegang 'title' ikhwah/akhawat/ahli usrah/orang-orang ditarbiyyah/dai'e , bukan lesen untuk kita berasa diri ini lebih dari orang lain.Tidak,bahkan tanggungjawab kita lebih berat daripada mereka yang masih belum faham di luar sana.Sedarkah kita, dalam kita mengikrar janji setia untuk mendokong dakwah ini, masih lagi hati kita mahu mencari keseronokan dunia? Bukan semua, tapi pasti ada.
Memang, akhawat ikhwah juga manusia.Bukan malaikat, tidak sempurna.Tetapi lingkaran tarbiyyah ini juga bukan untuk menjadikan kita hamba yang suci dari dosa.Sesekali tidak, bahkan jika kita tidak melakukan dosa sekelumit pun, Allah akan menggantikan kita dengan hamba yang lain.Hamba yang PASTI berbuat dosa, tetapi akhirnya bersujud menengadah tangan memohon keampunan-Nya.Hamba yang datang membawa segunung dosa, tetapi dengan kerendahan diri mahu bertaubat bersujud di bawah rahmat-Nya.
"Sebahagian manusia, apabila dia mendapati pada dirinya hidayah, ia bersikap keras terhadap mereka yang masih lalai, seolahnya dia telah melupakan keadaan dirinya semasa belum mendapat hidayah. Beringat, berlembut dan berhikmahlah wahai du'aatal Islam!"
Ikhwah akhawat, yang terpilih untuk duduk dalam lingkungan biah soleh ini, semuanya kerana rahmat Allah yang tidak pernah habis. Janganlah kamu sombong dan memalingkan mukamu dari mereka yang masih cuba mencari kebenaran.
Sedikit refleksi diri bagi para du'at yang mungkin terlupa terleka, sebagai sahabat dan saudara mukmin, kewajipan kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain,moga-moga dakwah ini tidak akan terhalang daripada terus sampai ke puncaknya.-Ustaziyatul Alam.
(syukran SabahanMuslim)
Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?
Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?
Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?
Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?
Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?
Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!
"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?"
[QS al-Baqarah, 44]
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"[QS ash-shaff, 61:2-3]
~Qauthar (S.R)~
Syurga-Nya,mengecilkan segala ujian.
Mohon Allah redha.
*ini betul-betul buat diri sendiri*
9 comments:
Wahai akak Qauthar (S.R)
:')
Moga jalan yang telah dipilih ini dapat ditempuh tanpa alasan apa pun demi menggapai redha Tuhan yang Maha Esa, Allah swt :)
inshaAllah kak, inshaAllah!
Sis HusnA! ^^
InshaAllah dik! ;') kita sama2 doa,mohon dikurniakan thabat dan istiqomah,mohon dijaga hati dan himmah, terus kan melangkah dalam duri spnjang jalan ini. :)
rabbuna yusahhil.
rindu kamu adik,lama tak sembang.
hu..maafkan akak ye,kalau ada apa2 salah akak.
:')
lama tak menangis.
tapi, ini benarbenar menusuk.
jazillah kheir.
:')
sama2 kita saling berpesan2 kearah kebaikan dan saling mengingatkan...mungkin dugaannya sedikit sukar tp sesukar mana pun cabaran dlm menyampaikan dakwah ini sukar lagi dikalangan mereka yg terdahulu...:)
*byk cerita dan peringatan dr blog ni...byk manfaat yg dpt..:)
alhamdulillah..syukran jazakillahukhoiron katsira..smga Allah redha..
Sis Fatin,
awak :)
waiyakum my dear,miss you :)
Alhamdulillah,semoga ia bermnfaat untuk mntrbiyyah hati ini pulang kepadaNya.
:')
Aiez,
Alhamdulillah, betul tu,peringatan itu baik untuk orang2 mukmin.
semuanya dtg dari Allah juga,terima kasih sudi baca.harap brmnfaat brsama. :)
Fakhrullah,
Afwan akhi, semoga Allah redha juga.InsyaAllah.
tersentuh hati saya.
Post a Comment