Saturday, 17 December 2011

Ku Pinang Kamu dengan Bismillah

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam. Semua berkumpul di dalam satu bilik. Bacaan yassin sudah diperdengar. Suasana yang tadinya meriah kini bertukar sunyi, setiap orang menunggu-nunggu pembicaraan selanjutnya. Usai membaca bismillah, Pihak A mula membuka bicara,

"Bismillahirrahmanirrahim, kami datang ke sini membawa hajat, hajat ingin menyunting bunga di taman.Tidak tahu mungkinkah pihak di sana sudi menerima atau tidak."

*diam*

Gadis itu tertunduk malu. Terbias redup matanya seakan memancar dari hati, hatinya kini sudah dimiliki. Senyum, istikharah pergantungan hanya padaNya. Tekad hati sebulat suara, sebuah jawapan sedia diberi tanda dipersetujui.

Pihak A tersenyum gembira, Alhamdulillah.Syukur memenuhi hatinya. Meneruskan lagi kata-kata,

"Kami tidak mampu menyediakan hantaran beribu-ribu yang mahal harganya, tetapi insyaAllah, hantaran ia adalah hantaran Syurga."

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa ialah seperti taman, mengalir di bawahnya sungai-sungai, senantiasa berbuah dan teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang yang bertaqwa, sedang tempat kesudahan bagi orang yang ingkar kepada Tuhan ialah neraka."
Ar ra'd (13 : 35)

MashaAllah! semua orang di dalam ruang itu tersenyum lega. Hati gadis kini sudah dimiliki, biarpun tiada tanda cincin pengikat diri, tetapi sudah diyakini, inilah jalannya bertemu Ilahi. Tempoh taaruf selama 2 bulan setengah cukup membuatkan ia yakin, lebih-lebih lagi selepas pertemuan pertama kali (SWEET gathering) minggu lepas, gerhana bulan menjadi saksi,pertemuan jiwa-jiwa yang berkumpul kerana Ilahi.

Kisah ini, biarpun permulaan awalnya tidak serupa, tetapi jalannya tetap sama. Diolah dikarang oleh Sang Penulis Cerita. Di sini kita dipertemukan, pasti ada sebab dan hikmah. Soalan yang masih memenuhi ruang fikiran, " Untuk apa Allah hantar aku kemari? "

Baru kini diri tersedar, hidup ini bukan tidak bertujuan, hidup ini bukan tidak bertuhan.(2:30 & 51:56) Cinta tidak mampu dimaknai tanpa tindakan yang membuktikan cinta itu sendiri, (ISLAM vs islam) dan pelbagai lagi yang membuka mata hati yang selama ini telah dizalimi oleh diri.

"dan sungguh akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
Al A'raf (7:179)

ini cerita mereka, insyaAllah akan menjadi cerita kita juga. :')

Jika kita memilih cinta yang murah kita akan terperosok ke dalam jurang yang sangat dalam dan hina tetapi jika kita memilih cinta yang besar iaitu cinta semata kepada Allah SWT maka kita akan berada di satu kedudukan yang sangat tinggi di sisiNya…Maka, pilihlah cinta yang besar itu semoga beroleh maqam yang membolehkan kita dapat lebih taqarrub (dekat) kepada Allah. 
(Prof Hamka)

Post ini bukan tentang baitul Muslim. tapi lamaran kami untuk menyunting adik-adik bagi memasuki relung tarbiyyah, --USRAH (untuk semua rasa Allah hebat ) :)
Mahar ini tiada beribu,
tetapi ganjarannya adalah syurga yang dirindu selalu.

buat adik-adik,
kakak-kakak tidak menjanjikan dengan usrah ini, kamu bisa menjadi malaikat yang tidak lelah beribadah menyembah Tuhan, apa yang mampu kami berikan, dengan usrah ini,
adalah jalan yang membawa jiwa kembali bertemu Tuhan,
Allah tidak memandang hasil kamu, tetapi usaha kamu untuk memperbaiki diri.
tarbiyyah.

:')
hati kamu semua bukan kami yang sentuh,
bahkan Allah jugalah yang telah menyentuh ia terlebih dahulu,

usrah fillah. 

p.s 1: maaf pada yang sahabat yang meninggalkan komen di post sebelum ini, saya dah baca, dan semuanya adalah semangat untuk saya terus berjuang tanpa henti.biarlah saya simpan buat tatapan sendiri ya? terima kasih,dari hati. :')

p.s 2: Syukran buat sahabat fillah yang tidak putus memberi semangat, dan kepada adik-adik beiyu dan beiwai, kakak semua sangat sayangkan kamu tahu? kamu semua adalah semangat kami untuk terus melangkah, berjalan dan berlari di atas jalan ini,jalan yang tidak putus menumpahkan air mata, air mata yang terharu keranaNya. Jazakumullahukhair.Semoga Allah menerima segala usaha dan amal kita.insyaAllah.

8 comments:

Nia Ridzwan said...
This comment has been removed by the author.
adahanz said...

^^ Alhamdulillah.... saya gembira dengan banyak perkara....

-jumpa insan2 hebat....
-dilamar... :p
-dan dapat baca sekali lagi post akak... hehehhehe :)

*sayaasyiksenyumtakbolehberenti
jatuhcintatapimalunakcakap.. -.-

Okida said...

MasyaAllah.. So sweet.. Ukhwah fillah..

Okida said...

MasyaAllah.. So sweet dear.. Ukhwah fillah.. Barakallah

Iylia said...

saya suka baca semua hasil penulisan awak..penuh makna dan ilmu..teruskn berkarya

NurWahidah Abdullah said...

muhasabah diri..

NurWahidah Abdullah said...

sy share ek yg nh..bleh..

Infiru said...

:')

alhamdulilah.

segalanya dari Allah,
hanya Dia yang mampu menyentuh hati2 kita semua.

tolong, ajarkan sy bagaimana perasaan itu semula?

sy juga masih berjiwa mutarobbi mencari2 erti dalam bertemu Ilahi.

:')