Saturday, 24 December 2011

Untuk Semua Rasa Allah Hebat

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmat iman dan tarbiyyah, sehingga hari ini, dan semoga ianya kekal sampai hujung nafas nanti. InshaAllah.

Ramai bertanyakan, bagaimana rasanya menjadi seorang akhawat? bagaimana rasanya menjadi orang-orang yang berada dalam lingkungan tarbiyyah, biah solehah (suasana yang menaikkan iman) dan paling penting, apa rasanya USRAH?

untuk menjawab persoalan-persoalan ini, wakil yang terbaik bukanlah diri saya, kerana ilmu di dada tidak lah setinggi mana, tetapi jawapan yang saya boleh berikan, adalah, untuk merasai apa itu USRAH, marilah kita duduk bersama di dalamnya, kerana yang dapat memberikan apa rasa itu hanyalah Allah.

USRAH,
adalah sebuah 'keluarga',
bagaimana dapat ku katakan,
tidak terluah oleh perkataan,
kerana yang memaknai ikatan itu adalah iman sendiri.

USRAH,
terwujud ia atas kerana kesedaran,
kesedaran bahawa ummat kita perlukan pengislahan,
kesedaran bahawa perlunya hidup bertuhan,
berpaksikan cinta dan syariat.

USRAH,
di sini tarbiyyah bermula,
bersama kita membangkitkan iman yang lesu,
bersama kita memperbaiki amal dan ibadah,
untuk sama berpimpin tangan menuju mardhotillah.

USRAH,
berpandukan Al Quran dan As Sunnah,
Allah menjadi matlamat kehidupan,
Rasulullah menjadi penunjuk kebenaran,
di sinilah, baru ku mengerti makna diciptakan.

USRAH,
mengeratkan sebuah ikatan,
dari asing menjadi mesra,
'adik beradik' yang bukan kerana talian darah,
tetapi terikatnya kita kerana iman dan aqidah.
(49 :10)
di dalam 'keluarga' ini juga kita akan belajar untuk memahami,
saling menyayangi kerana Allah,
menguatkan masing-masing untuk sama berubah,
dari jahiliyyah kepada Islam.

USRAH,
di dalamnya kita ada 'bahasa' sendiri,
'bahasa' yang tidak diajar di mana-mana,
kerana untuk memahami 'bahasa' itu sendiri,
perlunya menggunakan hati dan iman.
biarpun mungkin kita adalah dari latar yang berbeza,
tetapi sedikit tidak menghalang,untuk kita menjadi saudara kerana Allah.

USRAH,
seorang naqibah/murobbi yang akan membawa anak-anak usrahnya,
mengenali Allah, dan belajar mencintaiNya,
menyayangi Rasulullah, dan belajar mengikuti perjuangannya,
sungguh,
dia-lah ibu,
dia-lah guru,
dia-lah sahabat,
dan dia juga adalah pendengar yang tidak pernah rehat.
untuk menjadi seperti itu, perlukan kekuatan jiwa yang kuat,
perlukan pembinaan diri yang hebat.
subhanAllah, :')
hanya kepada Allah datangnya kekuatan.

USRAH,
juga tempat untuk kita melatih diri menjadi jundi(tentera) Allah,
jundi yang tidak berhenti memikirkan dakwah dan tarbiyyah,
semoga kita menjadi golongan ansorullah,
iaitu mereka yang menjadi penolong agama Allah.

terlalu panjang huraian, tetap tidak akan mampu membawa erti sebenar tarbiyyah itu sendiri,melainkan, kamu benar-benar berada dalam golongan-golongan ini. Saya sekadar mampu berbicara dengan pengalaman, kerana pengalaman itu sendiri adalah tarbiyyah Allah yang paling hebat, kan?

Di dalam medan ini, bukanlah penulisan dan percakapan yang menjadi ukuran takar tahapan iman, tetapi yang membezakan adalah sejauh mana amalan kita di depan Tuhan. Siapa sahaja yang tidak mahukan syurga? tetapi syurga yang luarbiasa itu adalah untuk mereka yang luarbiasa pengorbanannya bukan? Makanya, siapkanlah dirimu, sebelum dipakaikan pakaian syurga, berusahalah bersungguh-sungguh di medan dunia, dan ikhlaskan setiap amalan itu kerana Allah.

Bukan kerana saya terlalu fanatik dan ekstremis, tidak, tetapi saya hanya mahu menunjukkan bahawa pentingnya kita untuk mengenal Tuhan, pentingnya tarbiyyah di dalam kehidupan.Sedangkan Rasul Allah, manusia yang dijanjikan tempatnya di Syurga, tidak pernah berehat sedetik langsung ketika hidup di dunia, kerana baginda mengerti perlunya tanggungjawab mendidik manusia, supaya kembali kepada Allah.

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.." Ali Imran :110

And He found you lost and guided [you],
Ad-Duhaa: 7
ayat yang sering meluruhkan air mata. :'( 

ya, usrah adalah tempat untuk kita kembali,
kembali kepada fitrah,
fitrah seorang hamba kepada Penciptanya.

harus diingatkan, Islam tidak perlukan kita,
tetapi kita yang perlukan Islam.

(baca gunakan hati : AWAK  )

segala yang baik dari Allah,
dan segala yang buruk adalah dari saya sendiri.

8 comments:

Unknown said...

Allahu..:') Moga sy ikhlas menerima usrah..

fzamazlan said...

syukurlah bila sentiasa dalam lingkungan cinta yang sentiasa mengingati cinta pada Allah dan RasulNya..
moga saya juga akan menemui kumpulan usrah seperti ukhti..
dan..sebelum tu, biarlah jambatan-jambatan ukhwah dibina agar kesatuan dapat dirasai dibawah naungan ILAHI..:)

ain hazirah said...

i feel all of that beautiful feeling bila usrah .Malah lebih.indahnya ikatan usrah :')

NurWahidah Abdullah said...

stdy kat beijg ek..dah bape lame...

Aliyah Al~Istiqamah said...

masya Allah akak :)

Infiru said...

Zahirah,
alhamdulillah,semoga mlm ini menjadi titik permulaan kita mengenal Allah :) maafkan jika akak tak pandai nak kendalikan usrah T__T

Ukhti Annur,
alhamdulillah,semoga ukhti :) insyaAllah,kamu akan ditemukan dengan lingkungan usrah yng membawa jiwa mengenal Allah :) betul2,ukhuwwah yang terbina atas dasar kerana Allah itu sgt lah indah dan manis :') sy akan doakan yg terbaik utk ukhti,insyaAllah :)

ukhti ain hazirah,
:) Alhamdulillah,all praise to be Allah. kan kan? serius,rasa macam lain sgt bila dalam usrah itu,rasa keterikatan sesama kita semata2 kerana Allah :)


UKhti najihah,
aiwah, sy study di beijing :)
tahun kedua dgree. :)
masuk ni dah 3 tahun duk sini ^^

Aliyahh!!!
rinduuuuuuuuu sgtttt T_T

Unknown said...

akak hebat..utk letakkan tahap akak,sy bkn penilai terbaik..tp pd sy Allah itu memberi kami jalan melalui akak..teruskn ye...maaf jika sy nmpk seperti menerawang je td..

Nia Ridzwan said...

Allahu akbar. MasyaAllah. Subhanallah.

Allah beri petunjuk-Nya melalui pelbagai cara kan. It is 'we' who decide to grab the chance or not kan? Salah satu cara Allah ketuk pintu hati adalah melalui insan lain. Terima kasih akak kerana menjadi salah seorang insan itu.

Jazakillahu khairan khatira ya ukhti :')