Tuesday, 27 December 2011

Wanita Penggenggam Hujan

Bismillahirrahmanirrahim..

'kita hidup ini bukan untuk berkahwin sahaja.. ' - Hilal Asyraf

Tersenyum di situ.

Jujurnya, saya sangat setuju dengan ayat di atas. Bagi kebanyakan perempuan, akhawat, isu baitul muslim boleh dikatakan agak 'panas' dan kalau sekali ditimbulkan, memang susah la nak habiskan. Mungkin fitrahnya seorang wanita itu selalu mengimpikan kebahagiaan bersama pasangan halal untuknya kan.

Saya ambil contoh ,kalau bahan bacaan berkenaan dengan tajuk baitul muslim, contoh: nikah, bertunang, khitbah, jodoh, memang selalu akan dapat highest rating kan. kalau saya buat post 'ku pinang kamu dengan bismillah' itu, tak sampai 10 minit sudah ramai yang baca.(ini contoh,bukan mahu riak.Astaghfirullah) Allah, nasib baik bukan tentang 'tunang' yang betul-betul. Sengaja dibuat bentuk cerpen tentang mahu mengajak adik-adik masuk usrah. *senyumsorangsorang*

Jadinya, kalau para dai'e, atau naqibah yang baru mula nak men'DF' adik-adik junior perempuan, bolehlah gunakan cara di atas. Golongan wanita memang jiwanya lembut dan mudah tertarik dengan benda-benda macam ni, dakwah itu kan 'try and error' , kalau tak boleh guna cara A, gunakan cara B, kiranya cara ini sudah nampak keberhasilannya,boleh la digunapakai lain kali kan?

Tapi realitinya, bila mana hati kita semakin terikat kuat dengan cinta kepada Allah, dan cinta kepada perjuangan Rasulullah saw, soal berbaitul muslim ini tidak lagi menjadi isu besar, maksud saya bukan menjadi keutamaan lagi bagi seorang dai'eyah. Bukanlah maksudnya tidak lagi menjadi wanita normal, cumanya kita akan cenderung untuk menapaki dakwah ini dengan lebih kukuh dan tsabat, berbanding hanya memikirkan mahu berkahwin dan mempunyai keluarga mawaddah sakinah, tapi tentulah, tidak dinafikan, perkahwinan itu juga adalah satu medium untuk kelangsungan dakwah dan tarbiyyah. (kena niat ikhlas untuk Allah dan dakwah dahulu)

Ekstrem ke golongan yang berfikir macam ni? saya rasa tidak. (sebab saya salah seorang. *senyum*) Tipulah kalau saya kata saya langsung tidak pernah memikirkan mahu memiliki keluarga yang bertunjangkan tarbiyyah dan diredhai Allah, itu fitrah. Cumanya dakwah itu masih lagi menjadi matlamat sebenar dalam kewujudan sebuah institusi kekeluargaan berasaskan islam.

Dakwah ini satu perkara yang serius,maksud saya serius itu dari segi peripenting dan kebutuhannya untuk dilaksanakan, tetapi terpulang bagi setiap dai'e yang membawa dakwah itu untuk melaksanakan dengan cara yang pelbagai. Dakwah ini juga kreatif dan tidak rigid pada satu satu cara sahaja. Hamdan lillah, itulah hikmah dalam berdakwah kan?

Tarbiyyah ini memerlukan orang-orang yang matang. Dan sungguh, tarbiyyah ini juga mematangkan. Dakwah ini mengajar kita untuk sentiasa memikirkan benda-benda yang besar daripada perkara-perkara kecil, seperti kemaslahatan masalah ummah daripada hanya memikirkan kesenangan diri sendiri. Allahuakbar, seperti kata-kata Sayyid Qutb,

"Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek. Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut. Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan, usianya panjang, sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari diciptakan Adam, dan berakhirnya ketika Dia memusnahkan alam."

MashaAllah. Bagaimana kiranya seseorang yang hidup dalam ideologi perjuangan yang tidak pernah rehat dan tiada penghujungnya? sehingga Dia memusnahkan alam, iaitu apabila laungan Qiamat diperdengarkan. SubhanaAllah. Maha Suci Allah yang menciptakan.

Saya lebih suka mengambil tindakan untuk senyum sahaja apabila membaca status-status sahabat perempuan yang lebih kepada isu-isu yang saya sebutkan di atas. Tersenyum, kerana saya juga pernah berfikiran seperti itu. Tersenyum kerana ramai yang berlumba-lumba menjadi solehah kerana mahu mendapat yang soleh. Tetapi , jodoh itu kan rahsia Allah ? Sedangkan nabi Allah dahulu pun pernah dijodohkan dengan isteri yang tidak taat dan kufur kepada Allah. Inikan pula kita hamba yang tidak punya apa. Jadi senyum sajalah. (eh?) 

Tidak semua orang yang bergerak dalam dakwah ini berfikiran seperti saya. Tentulah, mana ada orang yang sama kan. Cumanya saya mahu mengingatkan diri (khususnya) dan kepada sahabat akhawat yang di luar, jangan menjadikan medan dakwah ini untuk kita mendapat jodoh dengan ikhwah (orang yang ditarbiyyah, soleh sahaja), ikhlaskanlah niat kamu , perbaharuilah selalu, syaitan akan selalu membisikkan kata-kata yang akan menghancurkan keikhlasan kita dalam usaha menyemai benih dakwah.Sentiasalah berfikir untuk Allah dan ummah, kerana jika dunia mula menguasai hatimu, maka beratlah langkah, hilanglah mujahadah untuk terus tsabat di jalan dakwah. nauzubillahiminzalik.

Bagi saya, kisah cinta paling indah adalah bercinta dengan Allah dan Rasulullah saw, mencintai jalan ini yang akan menghubungkan kita terus dengan perjuangan para sahabah ,nabi-nabi dan rasul terdahulu. Saya mahu menjadi seperti lelaki penggenggam hujan (tukarlah : wanita penggenggam hujan) , walaupun di dunia ia tidak menemukan jodoh pasangan yang menemani perjuangannya, tetapi namanya sudah disebut-sebut oleh para penduduk langit sana. Allah. (terharu) 

ditekankan, saya bukan menolak perkahwinan.Tidak. Jangan salah faham. Cumanya, saya merasai indahnya bercinta dengan Allah melebihi indahnya bercinta dengan manusia. Rasulullah saw yang maksum juga berkahwin, dan mempunyai zuriat, takkanlah saya umatnya yang hina dina ini mahu menjadi lebih 'hebat' dengan tidak berkahwin, beribadah seorang diri sampai tua pula kan.

Dahulu saya menolak untuk membaca buku-buku cinta islamik, sebab saya rasakan cinta lelaki-wanita yang islamik itu pun kan banyak yang membawa kepada imaginasi yang kurang elok. Tetapi saya ditegur oleh naqibah saya, mungkin saja itu cara dakwah yang dekat dengan pemikiran masyarakat sekarang, jadinya itu yang lebih mudah diterimapakai dan cara tarbiyyah yang lebih senang diserapkan. Allah. tak terfikir pula saya.  Itulah kena husnudzhon kan? Jangan nak jadi 'jiwa keras' sangat. Astaghfirullah. 

Akan tiba masanya segolongan yang jiwanya 'hidup' untuk bangkit meneruskan perjuangan dakwah ini. Allah. Mari menjadi golongan itu. *senyum* 


‎"Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu.Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangan dan diletakkan batas-batasnya, aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya, benar, boleh jadi jalan ini panjang, namun di sana tiada lagi jalan selainnya. Kelakian hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius, dan amalan yang berterusan. Barangsiapa kalangan kamu yang hendak mempercepat buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak akan bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaannya. Adalah lebih baik berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik, maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas dari ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan atau syahadah. Wahai Ikhwan, pakaikan pada gelojak emosi kamu dengan ladam pertimbangan akal, sinari akal kamu dengan nyalaan emosi (semangat), janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi peraturan alam kerana ia pasti akan menang. Sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunakan kedua-duanya pada tempatnya, dan insya-Allah nantilah saat-saat kemenangan, sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu. Aku telah katakan kepada golongan yang bersemangat kalangan kamu agar mereka perlahan dan menunggu peredaran masa, sementara aku katakan kepada mereka yang tidak bekerja agar bangun dan bekerja, tiada kerehatan dalam jihad."

- Imam Hassan Al Banna.



ini saya pinjam kata-kata seorang ukhti yang baikhati,

Wait patiently. Grow & be ready, InsyaAllah,
 you’ll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of. 


Jaga aurat, jaga peribadi, jaga akhlak, & jagalah hati... milikilah dahulu cinta Allah & letakkanlah Allah di tempat yang paling tinggi di dalam hatimu, insyaAllah kelak Dia akan menyerahkan hatimu kepada pemilik yang juga turut mencintaiNya sebagaimana dirimu mencintaiNya..

Terfikir tak? Bahawa jodoh kita belum tiba kerana Allah mahu memanjangkan waktu untuk kita membenih cinta bersamaNya, bersama Rasulullah, Ibu, ibu, ibu, ayah & keluarga. Benih cinta yang baik & dijaga dengan rapi itu bakal membuahkan hasil yang berkualiti & baik juga..  

~SR 27122011~

p/s : Maaf jika ada yang tidak menerima pendapat saya. Hanya sekadar pandangan, dialu-alukan untuk membantah. Sila-sila. :)

Hari ini hari kedua 'Kampung Tarbiyyah' di Jepun, sedih tak dapat pergi. Semoga Allah bantu mereka sepanjang program daurah itu. Hamdulillah.

12 comments:

Nur Hayatul Akmal said...

Subhanallah..jarang saya membaca pandangan yang sebegini dari seorang akhwat...jujur saya katakan..saya sangat2 bersetuju dengan ukhti ^^

urusan jodoh ni urusan Allah..

mungkin ukhti pernah dengar ayat ini;
"cinta manusia itu urusan Dia,cinta Dia itu urusan kita,jangan sibukkan diri dgn urusan Dia,sedangkan kta gagal menyempurnakan urusan kta"

salam ukhuwah ^^

Unknown said...

senyum saja..:)
betul..usia meningkat..bicara ttg baitul muslim bnar2 menggoyah hati..
moga akak trus di jalan dakwah..bimbing kami adk2 usrahmu

Khazinatul_Asrar said...

jazakillahukhayran katheera ukhti for a really deep in my heart n soft reminder for me as I really need it now. You're true and very true. huhu. Manusia , mudah lupa dan adakalanya makin alpa. Do'akan diri ini ukhti, mahu capai cinta Allah dahulu setinggi2nya. Allahu Allah :'(

*can I share it to my friends? ;)*

May Allah ease your way.

*Hug from Malaysia*

Aliyah Al~Istiqamah said...

akak,hampir menitiskan air mata membacakan ini
benar,cinta yang diperoleh dalam jalan ini membuatkan kita sangat terobses dengan Dia sampai jarang-jarang sekali mahu memikirkan cinta manusia yang tidak pasti

Infiru said...

Ukhti Husna,
Na'am ukhti,benar kata2 tu,stuju sangat ^^ alhamdulillah,moga kita dapat sama2 kuatkan langkah mujahadah untuk menjadi hambaNya yg baik. :)

insyaAllah. salam ukhuwwah dari sy ^_^ <3


Zahirah,
Amin syg,insyaAllah,doakan akak kuat untuk terus memimpin tgn adik2 menuju redhaNya. adik2 juga yg membawa akak lebih kuat di jalan ini tahu? :') byk yg akak belajar dari semangat kamu semua :)

Ukhti Khazinatul Asrar,
waiyyaki my sis, alhamdulillah, sama2 kita memberi peringatan kan? insyaAllah ukhti,sy tahu awk kuat ;') Allah itu ada,dekat sgt. kan?

tafaddhal ukhti,sila sila,segala yg baik dari Allah,sy tiada pnya hak sedikit pun :)

hugs from china! ^^ moga diberi izin utk berjumpa dengan ukhti :')

Aliyahh~
akakk rindu kat awak ;') benar, mengapa dikejar benda yg tak pasti, sedangkan cinta Allah itu jika kita berusaha sedikit pun pasti akan nampak hasilnya. Alhamdulillah. Allah akan aturkan yg terbaik buat hamba yg Dia cintai.

akak syg kamu :)

Khazinatul_Asrar said...

Benar ukhti, Allah sentiasa ada dan dekat. :')

InshaAllah moga ada rezeki untuk kita berjumpa kelak :')

Hazimah.Razak said...

Allah has already written the name of our spouses for us. what we need to do is work on our relationship with ALLAH.

#very nice article kak :)

Unknown said...

senyum,

setuju.

emirhasnan said...

patutlah akhawat dekat irbid cam tak putus2 dengan BM kerna cerita takputus2 orang yg bina baitulmuslim dekat sini.

moga Allah redha ~

Infiru said...

Ukhti Khazinatul Asrar,
Hamdan lillah,insyaAllah ukhti :)
Ameen. :)

may Allah bless you always my sis, :)

Hazimah,
Allah..! terima kasih zimah :') sama2 kita usahakan menjaga hubungan dngan Allah :)

Hazen,

senyum.

jazakallah kheir.


Cidak,
mungkin keadaan waqie di sana berbeza,dan perlukan akhawat ikhwah yg berkahwin supaya memudahkan kelangsungan dakwah kot.

moga Allah redha,insyaallah.
jzkk.

nusrah said...

Allahu rabbi syafiqah,
dah lama akak ternanti-nanti mana2 akhawat yg berani melontarkan luahan sebegini.

Akak dah lama rasa macam tu. ya, bukan ertinya kita menolak perkara fitrah, tapi kita mendahulukan aulawiyat..

insyaAllah, moga Allah redha walau di mana langkah kaki berada. Moga Allah redha dgn setiap usaha dakwah kita walau apa pun gelaran yg dibawa(cik atau pun puan)..

Sayang kerana Allah selalu... <3

Infiru said...

Ukhti,

*senyum*

Alhamdulillah, just a personal opinion i think, sy rsa sy ni mcm pelik suka fikir lain dari yang lain.haha :P tapi betullah mcm akak ckp tu, dahulukan aulawiyat :)

insyaAllah,
moga Allah redha segala amal kita.

:')

kan kan kak? ^^ Alhamdulillah,terima kasih kerana sokong :P

<3 rindu fillah :')