Sunday, 22 May 2011

Indahnya Hati Yang Bertawakal ♥

Bismillah...
Dalam Mihrab Cinta

Dia memandang ke dalam cermin,
dibelek-belek tudung yang tersarung labuh menghijab mahkotanya,
Wajahnya berbedak nipis,sekadar menahan dari terik cahaya mentari,
bibirnya yang kering dioleskan pelembap.sedikit berdarah,mengelupas.
"Segala puji bagi Allah,yang menyempurnakan kejadianku dan memperindahkan serta memuliakan rupaku,lalu membaguskannya dan menjadikan aku seorang muslim."-doa bercermin.


Kemas jubah tersarung di tubuhnya.Dicapai fail dan beg lantas keluar untuk mulakan hari yang baru.
Dengan jiwa tarbiyyah masih hangat di dada, memandang ke langit biru.
Dia tersenyum,
"Hari ini bakal melakar sejarah." bisik hati.
Yakinnya, mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok.

Bismillahitawakkaltu'alallah.Wa la hawlawalaquwata illah billah..


Alhamdulillah..
ma ajmalannisa' fi too a'til Khaliq - alangkah indahnya wanita yang mentaati penciptaNya ♥ ~




p/s : Dalam tarbiyyah,kita akan terubah dengan sendirinya, baik melalui penampilan,percakapan mahupun pemikiran.Alhamdulillah wa syukurillah..diri ini telah melalui fasa itu.Moga-moga terus istiqomah dengan diri yang baru.Walau masih tidak sebaik muslimah yang lain,tetapi moga-moga diri ini lebih baik dari diri yang pernah jahiliyyah dahulu.


p/s/s: Ibu ayah tak tahu.wuuu~ Harap-harap mereka terima dengan cara yang baik.Biiznillah.. >,<



7 comments:

rahsiaal-haqtersembunyi said...

assalamualaikum wbt.

hmm :)
insyaAllah, mereka menerima pka yg baru dgn hati yg terbuka.
dulu, org pn sama.
apa2pun penerimaan mereka, kita kena bersedia. kata srikandi, takkan nak menyerak sebelum diuji?

semoga :*:*

syafiqah.rahmat said...

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh.

Iera, :)

InsyaAllah,mudah2an mereka terima dan berlapang dada.yep,takkan menyerah sebelum diuji.Hwaiting~ ^_^

Aminn Ya rabb. ;')
rindu awak,iera.
Barakillah :)

Nadzipah said...

Insya-ALLAH..kefahaman yang benar-benar jitu dalam diri akan terserlah melalui adab sopan dan penampilan..

Ibu ayah tentunya akan gembira melihat perubahan anak-anaknya.Jangan khuatir ya^^

fatinmarini said...

assalamualaikum ukhti.

although the response might not be positive at first, but eventually they will be grateful for it.

saya sudah melalui fasa ini. dan alahamdulillah, sekarang semua sudah dapat menerima dan memahami. bahkan, ada yang mula mendapat keberanian untuk mengikut jejak. subhanallah. :)

be strong, ukhti. and have faith in Allah. :D

syafiqah.rahmat said...

Kak Nadzipah,
Betul2,macam cahaya yang dipantulkan ke dalam cermin.Cahaya yang baik,akan menghasilkan lantunan yang sama,moga2 seperti itu juga.

Huk.InsyaAllah..mudah2an diorang berlpang dada menerima ^^

terima kasih kak ;') *terharu*

syafiqah.rahmat said...

Ukhti Fatin Marini :)

Waalaikumussalamwarahmatullah,
Yeke?Allahurabbi..bertuahnya awak.Semoga Allah permudahkan niat yang baik kan?InsyaAllah.yakin dengan janjiNya.SubhanaAllah :)

i'll.thankyou so much ukhti.:') really appreciate those words.Alhamdulillah .. :')

nusrah said...
This comment has been removed by the author.