Friday, 27 May 2011

الصيف الجنة Summer Paradise 2011

Bismillah..


بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

"Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan."

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa..yang menghidupkan kami setelah kami mati..Syukur padaMu ya Allah,memberi nafas kepada hambaMu yang seringkali terlupa dan alpa,masih memberinya nikmat dan masih juga terus mahu memimpinnya di jalanMu,walau seringkali juga dia tersungkur mahu mengalah..Nauzubillah..

Sebelum ini pernah saya beritahu yang kami akan adakan satu daurah untuk musim panas ni kan? Hari ini harinya .:) Alhamdulillah,Allah berikan kelancaran,dan ini daurah kami yang kedua sejak awal perjalanan tarbiyyah ini bermula di bumi Saad bin Abi Waqas,dan dengan satu jihad mahu menegakkan kalimah thoyyibah itulah,'Laa ilaaha illallah' ,maka semuanya sanggup korbankan apa sahaja.Segala persiapan berjalan seperti yang dirancangkan,ia berterusan sejak awal,dipermudahkan oleh Allah.Alhamdulillah.;') mengambil ibrah daripada daurah sebelumnya dan kami cuba memperbaiki kekurangan dan kesilapan.Semoga dengan keberkatan hari Jumaat ini bertambah barakah lagi daurah kami nanti.InsyaAllah..

Tema untuk daurah kali ini ialah 'I Love & I do'. Mesti rasa pelik kan kenapa kami pilih tema ni?sebab ia istimewa dan ada mesej yang perlu disampaikan melaluinya.;) Berkenaan pengisian daurah saya pernah tulis dalam post ini. Semoga Allah redha.InsyaAllah. :')

(Al Baqarah 2:143)
"Dan demikian Kami jadikan kamu(umat islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan)kamu..."

(An Nisa 4:165)
"Rasul-rasul itu adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul itu diutus.Allah Mahaperkasa,Mahabijaksana.

(Al Hajj 22:78)
"...Dia(Allah)telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu,dan begitu pula dalam (Al Quran) ini,agar Rasul(Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi ke atas segenap manusia."

Ketiga-tiga ayat ini Allah nyatakan di dalam Al Quran,tujuan sebagai peringatan kepada seluruh umat manusia,yakni umat nabi Muhammad saw.Dengan tujuan inilah,kita harus menyempurnakan tugas kita sebagai penyaksi kepada kebenaran,iaitu Islam.

Fokus dakwah ini adalah kepada umat Islam sendiri,untuk mengajak saudara seakidah kita untuk merasai tanggungjawab sebenar setelah melafazkan kalimah syahadah.Dakwah ini bukannnya untuk kita mengajak orang melakukan solat,membayar zakat,berpuasa dan lain-lain.Tidak.Cuba lihat kembali perjalanan dakwah ini bermula,daripada seorang,Rasulullah saw.Bagaimana Rasulullah saw berdakwah di awal-awal masa baginda menerima wahyu? 
Aku bersaksi tiada ilah selain Allah,dan Muhammad itu pesuruh Allah
Senang kan nak ucap? Tapi tidak mudah untuk melaksanakannya.Kerana Islam bukan merangkumi soal kahwin,cerai dan harta pusaka sahaja,di mana kebanyakan orang Melayu kita hanya pentingkan hukum-hukum ini,malahan Islam itu adalah SYUMUL,dan kita harus melaksanakan satu tanggungjawab iaitu, Syahadatul Haq.

Hak syahadah ini perlu kita sampaikan melalui 3 wasilah utama,
1) amalan soleh
2) akhlak terpuji
3) pemerintahan yang adil

Orang akan bertanya,kenapa perlu pemerintahan yang adil?Kan cukup kalau kita menyampaikan melalui percakapan(dakwah) mulut sahaja?Sejarah membuktikan bahawa itu tidak akan berjaya untuk kita mencapai cita-cita Ustaziyatul Alam.

Berdasarkan sejarah,tidak semua orang akan melihat apa yang kita cerita dengan mulut dan perangai yang soleh lalu mereka beriman.Bukan semua orang.Rasulullah saw orang yang paling mulia akhlaknya,tidak ada orang lain yang boleh  menandingi baginda,tetapi orang Mekah tidak semua yang masuk Islam,malah hanya 3% sahaja daripada penduduk Mekah yang beriman kepada Islam.Jadi kita tengok,akhlak yang paling mulia pun boleh sampai 3% sahaja.Ketika di Madinah,apabila sudah ada pemerintahan,kita boleh tengok berapa ramai umat Islam ketika itu,daripada 313 orang kepada 124,000 orang.Ini kerana sudah ada negara Islam yang mengamalkan sistem-sistem Islam untuk dunia lihat.Bukan maksud cara itu salah,tidak,akhlak baik itu memang wajib bagi setiap muslim,sebab kalau akhlak tidak baik bagaimana kita mahu menarik orang lain kepada Islam?Nak dirikan negara pun sudah tentu tidak boleh.Kita adalah umat Nabi Muhammad yang menyambung perjuangan dakwah ini,sudah tentu tanggungjawab ini di atas bahu kita,bukannya pada orang lain.Maka,untuk berdakwah kita perlu mengikuti cara Rasulullah yang sebenar.Seorang murobbi pernah berkata, DAKWAH adalah sunnah terbesar Rasulullah saw,kerana inilah yang Rasulullah buat sepanjang hidupnya setelah diangkat menjadi rasul dan menerima wahyu, maka melaksanakan dakwah ini lebih prioritinya daripada kita melakukan perkara yang lain,seperti sunnah menyimpan janggut(bagi lelaki) dan lain-lain sunnah kecil dalam kehidupan.Ingatlah, kehidupan kita adalah perjuangan.Perjuangkan Islam dan menegakkan kalimah tauhid.

"Di tempat itu(padang Mahsyar) setiap jiwa akan merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakan(dahulu) dan mereka dikembalikan kepada Allah,pelindung mereka yang sebenarnya dan lenyaplah dari mereka apa(pelindung palsu) yang mereka ada-adakan" (10:30)

Di akhirat nanti setiap jiwa akan dibangkitkan semula,dan Allah akan mengambil saksi akan apa yang telah mereka buat ketika di dunia.Bagi orang yang kafir,Allah akan bertanyakan tidakkah dia mengetahui akan kebenaran di dalam Islam? Jika jawapannya ya,dia sudah mengetahui tetapi ia ingkar dan berpaling,maka tempatnya tentu di neraka.Tetapi jika jawapannya TIDAK,dia tidak mengetahui sejak dia lahir sehingga ajal tiba,bahawa Islam itulah kebenaran yang akan menyelamatkannya di akhirat nanti, maka kesalahan dosa itu ditanggung oleh orang Islam sekalian,kerana tidak menyampaikan Islam kepadanya. Allah tidak zalim,ingat itu, Dia tidak akan menghukum mereka yang tidak tahu.Jadi kitalah yang akan tanggung semuanya.Beratkan tanggungjawab ini? Seperti saya kata tadi,Allah tidak zalim,Dia juga tidak akan biarkan kita menanggung dakwah ini berseorangan.Dalam kesusahan Dia hadirkan pertolongan,dalam kesedihan kerana dakwah tidak diterima,Allah hadir memberi ketenangan.Ingat sahabat,Allah akan membantu sesiapa  yang menolong agamaNya. ;') Biiznillah..

Sebenarnya saya ada banyak yang mahu dikongsikan (setiap kali post memang panjang lebar.=.=") tapi masa tidak mengizinkan,perlu berkemas packing,kejap lagi dah nak bertolak ke tempat daurah.Terima kasih pada semua akhawat yang menjayakan program ini,dari awal perancangan,sehingga perlaksanaan persiapan,Alhamdulillah..jazakillahukhairan. ;') Semoga Allah kira setiap usaha kita ini keranaNya.Dan semoga dakwah di China ini tidak terputus begitu sahaja,moga-moga kita akan membentuk para penyambung risalah ini.InshaAllah..

Mohon doa dari kalian.

愿真主保佑你们。
(May Allah bless.)
jari yang mengangkat syahadah ini akan diambil saksi di hadapan Allah swt kelak.
Apakah ia sudah menjalankan tanggungjawabnya?
jangan sia-siakan syahadah anda.
-syafiqahrahmat-

"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"
(29:2)



SP3K
Summer Paradise Kesinambungan Kasih Kita,
27 Mei- 29 Mei 2011
S/U
Syafiqah Rahmat



2 comments:

fatinmarini said...

assalamualaikum ukhti.

apakah kalian generasi pioneer tarbiyyah di sana? masya-Allah, pasti hebathebat semuanya.

moga Allah permudahkan perjuangan.

:)

Infiru said...

Waalaikumussalam wbt ya ukhti Fatin,

Hmm :) Alhamdulillah,Allah masih mahu memberi kami peluang mengenal tarbiyyah.nak kata pioneer,mungkin sedikit kot.Tu yang perlu usaha lebih lagi,usrah kami baru setahun lebih.InsyaAllah,moga2 ia berterusan :')