Thursday, 19 May 2011

Lambaian Suci

Bismillah...


Kota Suci 
Dari jauh ku melihat, hanya mampu berdiri dari luar..
Mereka,orang-orang yang terpilih berkunjung ke rumah suci itu..
Orang-orang yang ingin membersihkan diri dari noda dunia,
yang ingin menyucikan diri dari dosa lampau,
semata-mata untuk mengejar keredhaanMu ya Rahman..

Sementara ini, biarlah aku di sini dahulu,
masih bergelut mahu melepaskan diri dari rantai jahiliyyah,
yang merenggut iman di dalam dada.
Perjuangan ini masih akan ku teruskan,untuk menjaga kesucian Islam ini daripada tercemar..
Andai satu hari nanti,bisa aku menjejak kaki ke situ,
sambutlah aku dengan senyuman rindu.

tetapi..
Allah...Masih sudikah engkau menjemputku sebagai tetamu di rumahMu? :(

nota kepada bakal zauj : nanti kita jumpa di sini ya?



11 comments:

Cidak said...

uhuk2

bakal zauj er ?

moga termakbul lah yer.

z a z a said...

Insyaallah sudi.

[sibuk sungguh cidak ni!]
:P

z a z a said...

Saye pon dah berangan nk jumpe bakal zauj saye kat jabal rahmah. hik3

na jia said...

i.allah.... amin....

syafiqah.rahmat said...

cidak,

Amin kan saja.


:p

syafiqah.rahmat said...

Zaza,

Assalamualaikum :)

Haha,itu cuma nota kaki je.;p sesaja letak.hihi.tak sangka itu yang dipandangnya =,="

yep2.moga2 bertemu yang terbaik ya? hihi.*apebendasyafiqahni*

syafiqah.rahmat said...

Najah,

amin..terima kasih usrati sayang ;)

Nadzipah said...

Insya-ALLAH..moga2 kita semua diberikan kesempatan untuk menerima panggilan ILAHI ke tanah suci-NYA..bumi anbiya'..Insya-ALLAH..

Insya-ALLAH..andai itu ketentuan-NYA..awak dan dia memang akan bertemu di sana..jika itu impian dan harapan, berdoalah..ALLAH itu Maha Mendengar..

p/s: akak pun punya impian yang lebih kurang sama jugak dengan awak Syafiqah..cumanya, akak nak ke sana dengan zauj :p
bertemu kat mana2 pun takpe, tapi nak pegi dating sama2 kat sana :p

syafiqah.rahmat said...

InsyaAllah ^^ moga2 ya kak? :)
er,semua tembak kat bahagian tu ke? =,=" Allah hai..

itu angan-angan cerita cinta dalam mimpi saya.;p

huhu.nak gak macam akak la.sama-sama jadi tetamu kat rumah Allah nanti ^^

Nadzipah said...

biasa la tu Syafiqah..
bahagian tu, even sikit, tapi orang akan nampak..fitrah manusia ingin hidup berkasih sayang kan...:)

tapi akak nampak je main point awak tu..Nak ke Tanah Suci. Insya-ALLAH,semua umat Islam tentunya punya impian yang satu ni. Ingin ke Baitullah..Nak menjejak Tanah Haram dan bumi barakah...Insya-ALLAH...

syafiqah.rahmat said...

Hmm :) saya saja je letak tu kak. betul ni,serius.takda maksud apa2 pun. =,="

InsyaAllah kak,memang teringin sangat nak ziarah sendiri tempat bermulanya dakwah yang kita teruskan ni :')

Amin ya Allah..