Saturday, 14 May 2011

Kisah Cinta Yang Paling Sempurna :')

Bismillah...
Andai ini yang dikatakan cinta,maka aku sanggup lepaskan segalanya. ;')


Dengan namaNya yang paling agung,
ketika wudhu masih membaluti tubuh,
tangan bergetar ketika menaip bait-bait yang ingin ku luahkan..

Ya Allah ya Rahman..
berkali-kali Engkau datang menghulurkan cinta-Mu yang terindah,
walau berkali-kali pernah aku berpaling ingin menyembunyikan rasa bersalah..

Engkau berikan kemanisan dalam berukhuwwah,
suatu kemanisan di mana lebih manis dari madu, lebih suci dari susu,
Allah..Allah..Allah....
Alhamdulillah wa syukurillah...
Selama aku termenung sendiri, meneliti kesalahan-kesalahan diri,
selama itu juga Engkau tidak putus mengirimkan adik-adik yang aku kira sungguh ikhlas hatinya,
sungguh suci niat mereka..
Walau antara kami terhijab alam maya yang tidak terjangkau jasadi dan mata,
tetapi ruh-ruh kami terhubung terikat dalam satu rasa.
*sebak*

"Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini,maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan Ilahi yang mulia,  iaitu tali hubungan 'aqidah kerana Allah."
-Sayyid Qutb menukil dalam karyanya,Tafsir Fi Zilal Al Quran (Muqaddimah)

Ruh-ruh kami bersinambung antara satu sama lain, walau jarak jauh memisahkan jasad,
tetapi ia telahpun berjumpa dalam doa-doa yang dialunkan di dalam bacaan..

Terima kasih adik-adik yang akak sayang, *terharu rasa mahu menangis* :')
Ketika akak lemah,Allah hadirkan kalian buat pengubat duka dan lara..
kalian datang meluah rasa, Allah berikan ilham untuk berikan perkongsian, segalanya dariNya jua..

Allahuakhbar.. tiada kata mampu terucap bagi menunjukkan rasa cinta ini.;')

Benarlah..ketika akak berdoa pada Allah untuk cintaNya, Dia menghadirkan kalian sebagai wadah..satu jalan yang menghubungkan hati dan ruh kita.. Sehingga kemanisan cinta itu benar-benar dikecap walau tidak dipinta..SubhanaAllah..!

Buat adik-adik yang akak sayang, ikhlas akak menyayangi kalian kerana Allah taala..Sebelum ini akak hanya pernah dengar kemanisan ukhuwwah itu dari mulut-mulut sahaja, yang mana ketika itu akak merasakan seperti terlalu jauh dan sukar dicapai bagi diri yang hina ini.. Tapi Allah lebih mengetahui..hamba yang kerdil tanpa daya ini diberiNya kemanisan ukhuwwah itu.. Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?

Di satu luahan diriku kepada seorang adik, yang aku merindui nya selalu..

"Assalamualaikumwarahmatullah najaa.. ;)
tak tahu kenapa akak tergerak nak tulis pada najaa malam ni.Akak dah lama nak cari masa untuk talk dengan najaa.tapi waktu tak mengizinkan,mungkin tiada rezeki. Allah..rindu sungguh akak pada najaa.tak tahu kenapa. Allah datangkan prasaan rindu seorang kakak kepada adiknya. Akak selalu tefikirkan najaa.macam mana keadaan najaa sekarang,sihatkah? bagaimana iman najaa sekrang? harap2 nya selalu di paras yang tinggi.InsyaAllah :) 

Akak selalu doakan najaa,moga2 najaa dapat yang terbaik dari Allah.moga2 Allah tunjukkan pelangi buat najaa setelah hujan ini pergi.dan moga2 Allah juga menghadirkan ketenangan dalam kesibukan kesesakan hari-hari yang najaa tempuh.Pelik kan? akak rasa aneh sangat.Sungguh,ukhuwwah islamiyah itu sangat indah.Baru kini akak rasakan. Alhamdulillah..hebat nikmat kemanisan ukhuwwah ini ya Allah.... 

najaa., akak harap ukhuwwah antara kita ini tidak terhenti sampai sini saja.akak syg najaa lillahitaala. ;) Moga naja terus berjaya ye? Akak selalu mendoakan dari jauh. ;) Semoga kamu menjadi muslimah yang hebat akhlak mantap fikrah nya~ "



Dan balasannya benar-benar buat diri ini tertunduk terharu, rasa seperti ingin mendakapnya ketika itu juga.....



"Waalaikumussalamwarahmatullah kakak ...

....
........
*kesat air mata*

waktu dulu, bila najaa perlukan sepasang telinga dan seruan roh utk jiwa yang terlalu kontang....Allah bisikkan akak adalah insannya. entah bagaimana dan dari mana yakin hati ini yang akak akan alihkan sedikit batu beban itu supaya najaa terasa nyamannya disapa angin. Akak datang tanpa perlu ironi bebelan dan segunung klise harapan. tetap, akak dah berjaya jihadkan saya :)

jujur, najaa hamba yang pasak fikirnya adalah logik dan mantik semata-mata. jika aku berdhuha bertahajjud, maka matahari akan tersenyum indah. konsep hidup: selagi kau mengingati Tuhan.. tiada petaka bencana akan berlaku. sedangkan hakikatnya, hamba mana yang layak diiktiraf dicintai Allah jika secubit pon tidak pernah dibadai dugaan? bermimpi rupanya najaa selama ni...
astagfirullahulazim. Allah caturkan supaya akak yang menjadi tukang kejut, membangunkan dengan bismillah dan terus memegang tangan najaa ke arah cahaya illahi. :) :)

dan kakak, sama seperti bayu lembut yang datang sesudah guruh dan kilat penat bertelagah di hari hujan. akak datang macam rahmat di tengah najaa merasakan keranapan nyawa dan iman yang maha teramat. akak berikan bahu dan telinga...akak diam memberi najaa ruang meluah rasa...dan respon bahawa ini tanda cinta dariNya...

*air mata dibiar di hujung dagu*

kakak, najaa tak pernah rasa disayangi sebegini. dirindui dalam konteks ikhlas dan hanya bersandarkan kasih dari Ar-Rahman. doa najaa, ketemukan kita kerana di hadapan akak najaa ingin ucapkan terima kasih. andai bukan dimana-mana, mungkin di bawah arasy kelak? mungkin juga di salah satu jannahNya? insyaAllah...amin :) :) :)"




Tarbiyyah ini telah mengajarkan aku kehidupan sebenar-benarnya, yang bertunjangkan cinta pada Allah..Selagi kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada Dia, dan berlapang dada dengan ketentuanNya, InsyaAllah ..Dia tidak akan mengecewakan kita.. ;')


AllahuRabbi..aku benar-benar jatuh cinta dengan perjuangan ini. ;')
Ya, aku tidak akan pernah sendirian lagi..

P/s : buat adik-adik, Najaa,Husna, Zahidah, Nurliyana, Nur Syahida, dan lain-lain-lain, walau akak tidak letakkan nama di sini,tapi kamu semua tetap sama di hati akak. ;') 
Ukhti Nurilia, Amirah, Hidayah, Izzati Hashim, Azzizatul Huda, Fatin Marini, Nur Azlin, Syahirah, dan semuaaaa.. kamu semua istimewa di hati saya juga! ^^ 


" دينك دينك دمك لحمك .."agamamu, agamamu, darahmu, dagingmu"

=')





11 comments:

azzizatul.huda said...

salam

Ya Allah, sungguh manis ukhuwwah ini. sedangkan jumpa pun tak pernah. Follow bog tak sampai sebulan. Allah swt temukan kita di sini. Syukur Alhamdulillah dikelilingi sahabat seperti anda. Teruskan perjuangan anda, ukhti syafiqah!

semoga Allah redha ;')

ana_liyana said...

Assalamu'alaikum wbt kak fiqa.. :'(

Terharu..huhu..
Syukran kak fiqa, untuk segalanya.. ;'(
Doakan ana agar menjadi mujahidah solehah yang beriman & bertaqwa ya..Ana sayang akak! Uhibbuki fillah! Kerana Allah..

Ukhuwwah itu bukan terletak pada kerap kali pertemuan.. bukan juga pada manisnya tutur bicara yang di ungkapkan..tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam bisikan doa yang di panjatkan..- Imam Al-Ghazali

*i love u akak.. ;) coz of Allah.. <3

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

Salam Syafiqah,

I really wish I can have you here..

syafiqah.rahmat said...

Ukhti azzizatul,
Waalaikumussalam warahmatullah..

huu.Alhamdulillah ya Allah.. kan2? tak sangka juga Allah beri rasa sampai macam ni sekali ;')

InsyaAllah,kita sama2 berjuang ya? ^^ Allahuakbar!

Semoga Allah redha dengan usaha yang sedikit ni :)

syafiqah.rahmat said...

Adik liyana,
Waalaikumussalamwarahmatullah dik..
sama2 syang..insyaAllah,akak sentiasa doakan yang terbaik untuk adik2 akak :) terima kasih pada liyana juga tau..byk naikkan semangat akak balik,selalu ada bila akak tengah 'lemah iman'..huuuu T__T

akak pun sayang liyana tau! lillahitaala insyaAllah :')

syafiqah.rahmat said...

Ukhti aishah,
Waalaikumussalam warahmatullah awak :)

Hmmm.. :) sy pun harap dpt jumpa awak.awak okay sekarang?Jaga diri baik2 tau.Semoga terus kuat melawan mehnah dunia ya? :) sy doakan.dari jauh. ;') <3 ukhwah fillah insyaAllah..

may Allah ease you ukhti :)

syahida _masri said...

Akak , Nur Syahida tu kite ke ? kalau bukan kite pun kita still rasa tersentuh dengan post akak yang ni. *terharu ,air mata bergenang. akak , kite nak jumpa akak ! Moga Allah pertemukan kita , kak. :'( :'( :'(

*hati rasa sayuuu sangat. sob3

syafiqah.rahmat said...

Syida,yup2,Awak la tu.:) hee~
InsyaAllah sayang.terimakasih pada syida juga.banyak naikkan semangat akak balik,Allah hantar syida pada akak mungkin inilah tujuanNya.Moga2 ..Alhamdulillah...terimakasih ya Allah..

semoga kamu berusaha menjadi muslimah yang terbaik ya? ;)

InsyaAllah,ada rezeki,kita akan bertemu.mudah2an sayang :)

~akuseorangmahasiswi~ said...

subhanaAllah,bila baca entry ni,rsnyea manisnya perkataan "ukhuwwah" itu..
syafiqah,even sy dpt kenal dgn awk via blog n fb je,sy dpt rskan tabah sgt2 awk,huuu...i hope i can be like u suatu hari nanti.. :(

p/s : tengah kumpul kekuatan slps bangkit dr kesalahan2..

thanx utk sume2 tulisan kamu.. :)

syafiqah.rahmat said...

Amirah,

huu.Terima kasih awak sudi baca post ni.er malu saya.>,<

Alhamdulillah,kan ? sangat manis ukhuwwah itu bila kita buat semata mata kerana Allah.Keikhlasan dan sentuhan hati.

sy biasa2 je amirah,betul,tak mcm yg awak sngka kot.rapuh di dalam. :(
tapi insyaALlah,kita sama2 jadi mutiara dalam dakwah dan perjuangan ini kan?

sama2 kita bgun dari kesalahan silam.:)

Allah...semuanya dari Allah ,ukhti. saya tak buat apa pun.apa pun,kiranya bermanfaat,sama2 kita amalkan :)

Anonymous said...

subhanallah.. :D
mohon share gambar.. :)