Apabila malam melabuhkan tirainya,
segala umat manusia mula berhenti seketika 'bekerja' untuk dunia,
minda perlu rehat,hati sudah penat,jasad tiada kudrat,
REHAT.
itu bagi mereka,mereka yang hidupnya adalah memikirkan,
"esok nak makan kat mana?"
"esok kena hantar proposal, benda tak siap lagi."
"gaji sangkut lagi,kopak dah poket,kena pinjam dari mak nampaknya."
dan ...dan ...dan...
takkan berhenti.
itulah sifat duniawi.
tetapi KAMU,
kamu berbeza, kerana kamu hidup ber'ilah' kan SATU.
maka seharusnya fikrah kamu juga adalah lain dari 'mereka' di atas..
Hadis 'logam' :
'Annasu ma'addin,khiyaruhum fil jahiliyyah khiyaruhum fil islam, izafaquhu."
-manusia itu logam, baiknya dia di dalam jahiliyyah, maka baik juga ia di dalam Islam,dengan syarat sekiranya dia faham.
apa kita tahu dari istilah di atas ?
'faquhu' dan 'faqihu' apa bezanya?
faqihu,orang yang arif tentang feqah,usuluddin,syariah,tasawuf dalam Islam,;
faquhu pula adalah orang yang faham akan apa itu islam sebenar dan mengamalkan dalam kehidupan seharian,walau pun dia mungkin tidak arif tentang hukum hakam dalam Islam.
Bukan semua sahabat Rasululullah saw ahli faqihu,tetapi yang pasti mereka adalah orang-orang faquhu,yang memahami islam juga menghayatinya sebagai deen kehidupan.
Apa yang mereka faham?
1) Al Baqarah (2:30) -- Allah ciptakan manusia sebagai khalifahtullah di muka bumi ini.Alam diwujudkan untuk membantu manusia dan memenuhi keperluan manusia.
2) Az Zariyat (51:56) -- Allah ciptakan jin dan manusia untuk beribadat kepadaNya.Indahnya menjadi hamba kan?
Itu tujuan manusia diciptakan,dan kita wajib penuhinya.Tugas kedua itu jelas menyatakan ibadah yang perlu kita perbuat setiap hari.Yang saya ingin sentuh di sini adalah mengenai tugas pertama, khalifatullah,wakil Allah di muka bumi ini.
Apa tugas khalifah?mengendalikan amanah dengan baik. Tetapi untuk menjadi khalifah,kita perlu mengakui Allah sebagai ilah yang esa,kemudian barulah kita boleh melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan baik.Perkara pertama yang sekali adalah mengucap kalimah syahadah:
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”
Pernah lihat orang naik saksi di mahkamah ketika perbicaraan tak? Seseorang mengangkat sumpah akan menjadi saksi dan hanya mengatakan kebenaran sahaja.Sama juga di sini,setelah kita bersaksikan kebenaran,maka haruslah menyampaikan kebenaran,iaitu Islam.
Umar al Khattab,setelah memeluk Islam,dia segera mahu mengisytiharkan keislamannya di depan kaum Quraisy yang menentang kuat Islam ketika itu,walau dia tahu bagaimana reaksi orang Quraisy terhadapnya nanti.Abu Dzar Al-Ghifari juga, dibelasah teruk oleh kafir Quraisy ketika beliau dengan lantangnya mengumumkan keislamannya di Kaabah.Lihat, betapa hebatnya para sahabat ketika itu. Mereka merasai ke'izzahan Islam, oleh itu mereka tidak boleh duduk diam, dan perlu menyampaikan Islam kepada seluruh umat manusia ketika itu.
Setelah itu,Rasulullah saw menggunakan 13 tahun sepanjang berdakwah di Mekah,untuk membentuk 3% sahabat beriman.Jumlah yang sangat sedikit tetapi akhirnya 3% ini juga yang menyebarkan Islam ke merata tempat.Di mana bumi dipijak,di situlah sahabat 3% ini meninggalkan kesan jejak tinggalan Islam.SubhanaAllah..tak terbayang bagaimana tarbiyyah yang mereka terima sepanjang 13 tahun itu,ditambah dengan ancaman dan seksaan kaum kafir Quraisy.Merekalah 'core' dalam penerusan risalah dakwah Rasulullah s.a.w.
Jadi,para du'at dan da'ie yang mungkin baru lagi atau sudah 2,3tahun dalam tarbiyyah,jika kamu asyik mengeluh mengapa tidak menjadi mantap dalam menyebarkan dakwah ini,lihatlah para sahabat! 13 tahun bukan suatu proses yang mudah dan sekejap,proses takwin itu memerlukan masa yang lama,untuk membentuk core dalam diri kita.Sepanjang tempoh itu,kita akan diuji,dan kita juga perlu mentarbiyah adik-adik yang lain,supaya sama-sama dalami proses takwin itu.Kerana proses ditarbiyyah dan mentarbiyyah perlu seiring.Allah tahu waktu bila kita sudah bersedia,dan semuanya akan diaturkan untuk kita.
Itu dari sirah,yang kita boleh ambil pengajaran.Kita ambil contoh analogi lain.Selalunya budak-budak overseas,perkara paling menggembirakan adalah dapat tiket flight murah untuk balik Malaysia.Kalau nak dekat cuti semester tu, tiap-tiap hari mesti buka website untuk tengok harga tiket.Satu hari MAS tawarkan tiket murah untuk flight ke Malaysia,apa agaknya reaksi student tadi? Mestilah excited kan? dan kalau boleh nak hebahkan pada kawan-kawan lain supaya beli tiket tu sama-sama, untunglah kan dapat tiket macam ni,bukan hari-hari dapat.Sebab student tadi berasa tanggungjawab untuk sampaikan pada kawan lain,kalau tak nanti dia balik sorang-sorang,kawan lain terkandas.Jadi dia pun sampaikan berita baik tadi,atas dasar sayang pada kawan yang lain.
Begitulah juga dengan dakwah.Kita tahu pengakhir paling indah bagi seorang mukmin adalah bertemu dengan Allah di syurga,jadi kita mahu mengkhabarkan berita itu pada yang lain,kerana kita tidak mahu berseorangan di sana,lebih-lebih lagi pada ahli keluarga dan sahabat terdekat kita.
Pernah terfikir kenapa kita yang terpilih? kenapa Allah pilih umat Nabi Muhammad untuk menyempurnakan tugas 'saksi' ini?kalau tengok umat nabi Musa dan nabi Isa tidak ditekankan untuk menyampaikan kebenaran ini pun. kenapa kita?
"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu(umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul(Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu...."
(Al Baqarah : 143)
Allah sudah menyatakan dalam ayat ini,bahawa kita adalah umat yang di tengah-tengah(wasatho).Maksud di sini,kita boleh lihat ketika Allah utuskan nabi Musa as pada kaumnya,bersamanya disertakan syariat yang 'keras' ,contohnya jika umatnya berbuat dosa/kesalahan, hanya dengan membunuh diri sendiri baru boleh dikira bertaubat pada Allah.Kemudian,Allah utuskan nabi Isa as pula kepada umatnya,bersama dengan syariat yang lembut,terlalu lembut sehingga akhirnya umatnya menjadi-jadi ingkar pada Allah. Dan seperti telah tercatat dalam kitabullah taurat dan injil, akan ada nabi terakhir iaitu nabi Muhammad sebagai utusan dari Allah,yang membawa risalah kebenaran, bersamanya adalah syariat yang paling menepati fitrah manusia. (ditengah-tengah maksudnya antara syariat umat nabi Musa a.s dan nabi Isa a.s) Bukanlah maksudnya syariat-syariat Allah sebelum itu mempunyai kecacatan sehingga perlu diganti-ganti dengan syariat yang lain.Tidak,tetapi Allah datangkan syariat sebelum itu sesuai dengan realiti ummat terdahulu dan juga mungkin sebagai ujian kepada mereka.Allah Maha Mengetahui.
Jadi,setiap muslim yang beriman pada kalimah ini haruslah menyampaikan tanggungjawab selepas mengangkat sumpah menjadi saksi ini.Semua orang perlu diberitahu tentang Islam,sebelum orang itu membuat keputusan untuk memilih menjadi islam atau tidak,kerana Allah tidak akan menghukum dan menzalimi hambaNya yang tidak tahu akan kebenaran Islam,tetapi KITA yang akan dipertanggungjawabkan atas kekafiran mereka.Sanggupkah kita??sedangkan dosa kita sendiri mungkin sudah tidak tertanggung.Allah...nauzubillaiminzalik.
Mengapa kita perlu mengangkat jari telunjuk ketika melafazkan kalimah syahadah di dalam bacaan tahiyat awal dan akhir setiap kali solat? Ini kerana jari telunjuk itu diangkat tanda kita bersaksi dan berjanji akan syahadah itu.Tetapi ramai yang alpa,tidak tahu akan hal tanggungjawab mereka sangat besar setelah melafazkannya,bukan sekadar bait-bait kosong,huruf-huruf mati yang disusun menjadi ayat,bahkan ia membawa bersama satu 'TUGAS' penting. Kata-kata as syahid Sayyid Qutb ketika di akhir kematiannya,"Jari yang mengangkat tasyahud ini tidak akan tunduk kepada taghut." sehingga akhirnya nyawanya menjadi galang ganti,dia syahid kerana pertahankan kalimah syahadah tersebut.
"Dakwah ini akarnya cinta,maka siramlah ia."
Yakni,maksudnya di sini,sesiapa yang mengucapkan kalimah syahadah itu sebenarnya telah memegang tugas berdakwah tanpa dia sedari,dan tugas dakwah ini bukan digalas oleh para ustaz/ustazah/penceramah bebas sahaja,bahkan SETIAP MUSLIM!
Ini sejarah kita. di mana ummat islam pada waktu sekarang? |
selagi mana Islam tidak tertegak menjadi ustaziyatul alam,maka tugas dakwah bagi setiap muslim itu adalah WAJIB.
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan(dakwah),menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang untung."
(Ali Imran : 104)
Kalimah syahadah itu perlu diamalkan dengan lisan dan amal/perbuatan. Iaitu mengakui bersaksi dengan kata-kata serta menyampaikan pada orang lain.
“Man qola Laa Ilaha Illallah fahuwa da’ie”
“Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah’, maka dia adalah Da’ie.
Sayyid Qutb menukilkan dalam karya hebatnya, tafsir Fi zilal Quran, dalam muqaddimahnya tertulis, "Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh itu." itulah perjalanan dakwah, bermula dari terciptanya manusia pertama, Nabi Adam a.s, sudah ada kalimah syahadah itu,pengakuan dan penyaksian bahawa Allah itu ilah yang Satu,dan Muhammad itu utusan Allah.
"Lorong-lorong zaman yang jauh", talian dakwah yang menghubungkan kita,dan membuatkan kita ada satu persamaan yang sama dengan perjuangan dakwah nabi-nabi terdahulu,menyeru manusia kembali pada Allah dengan memberi peringatan tentang hari kebangkitan dan memberi khabar gembira pada mereka yang beriman.SubhanaAllah..Innallaha laa yazh limunnaasa syaiau'walaakinnannaasa anfusahum yazh limuun. Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun,tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri.
Jadi kita,haruslah menyambut baton dakwah ini dari perjuangan Rasulullah saw.Jika kita tidak menyambutnya,pasti dakwah tidak akan sampai kepada jiwa-jiwa yang lain.Islam ini bukan untuk kita baik seorang-seorang,tapi ia adalah untuk semua orang.Setiap manusia ada hak untuk mengetahui kebenaran tentang islam,dan tugas kita untuk menunaikan hak mereka tersebut.Kalau tidak,bersedialah untuk menjawab pertanyaan Allah di hari perhitungan nanti,hari di mana setiap jiwa akan menerima balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan semasa di dunia.
Dakwah itu tidak pernah berhenti,hatta malam berganti siang, bulan berganti matahari.Dakwah itu adalah nafas kehidupan, umpama ikan yang memerlukan air untuk hidup,begitu juga kita memerlukan dakwah,bukan dakwah yang memerlukan kita,kerana air akan tetap mengalir menuju lautan tanpa ikan menemani,dan lautan itu adalah rahmat Allah.Dakwah itu adalah 'karier' sepenuh masa bagi kita,bukan nya kerja sambilan di waktu kita lapang.
Dai'e dan du'at perlu sentiasa bergerak bersama dakwah,bukannya menjadi penggerak apabila ada daurah atau ketika keadaan memerlukan saja.Jika keadaan biasa yang tenang sahaja,kita juga berubah menjadi 'orang biasa'. tidak sepatutnya orang yang ditarbiyyah berbuat sedemikian,kerana Rasulullah saw bergerak 24jam untuk menyampaikan kebenaran,siangnya baginda berdakwah,malamnya memikirkan bagaimana realiti umat.Jadi kita perlulah sentiasa berjiddiyah dalam menyampaikan dakwah setiap masa.Fahami konsep dakwah itu,dan cuba pelbagaikan wasilah dakwah,insyaAllah semoga orang-orang di sekeliling kita dapat memahami kebenaran Islam.
Inilah masanya untuk kita berkorban jiwa,masa dan harta untuk dakwah.InsyaAllah,Allah akan hitung setiap usaha kita,mungkin kita tidak sempat pun melihat Islam kembali menjadi Ustaziyatul Alam,tetapi usaha kita tadi telah meletakkan batu-batu asas kepada kegemilangan itu.Kita perlulah menjadi golongan assabiqun awwalun,orang yang pertama-pertama beriman dan memulakan permulaan.MasyaAllah..
********
InsyaAllah dalam masa 3 minggu lagi, satu lagi program akhawat bakal diadakan di sini,selepas program lepas-- Ai d'Beijing, kini ia bertemakan 'Summer Paradise--Kesinambungan Kasih Kita". Harapnya menerusi program kali ini dapat membina lebih ramai IM dan seterusnya menjadi penyambung dakwah di bumi kami berpijak.Semoga Allah redha usaha ini.
doakan kami :)
p/s: sebenarnya tadi nak post pasal benda lain.Sekali lupa nak save,habis terpadam semua.Allahh..menguji sungguh,berjam-jam taip,sudah hampir siap pula tu.:(
takpela,Allah knows best kan?^^
maaf kalau post ni macam buat ramai tak berapa faham dengan mesej yang cuba saya sampaikan.nanti kalau tak faham,boleh la tanya,insyaAllah saya cuba carikan jawapan.:)
jzkk sudi baca.semoga bermanfaat hendaknya.
may Allah bless.
"Apabila jari jemari berbicara..Pena itu ibarat diberi nyawa..akan terus berjuang demi Islam selamanya.Allah,kurniakan aku hikmah utk menyampaikan amanat da'wah ini. agar ia sampai ke jiwa-jiwa manusia.
menulis dari pukul 1.00pagi tadi sampai sekarang pukul 6.15pagi. =,="
2 comments:
menariknya post ni ! syahida tekan butang LIKE . :D
Assalamualaikum ukhti syahida :)
Alhamdulillah,harapnya bermanfaat utk kita semua.Allah jua yg memberi ilmu kan.:)
jazakillah khair :)
Post a Comment