Sunday, 22 May 2011

Muhasabah Seorang Dai'e

Bismillah...(cerita ini perkongsian dari sahabat)


'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.'Ada sesiapa yang boleh jawab?' Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz, Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.
'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyah itu?'
Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.
Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'
'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.
Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.
'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebenar?'
'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.
'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulullah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.
Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.
'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulullah juga berdakwah dan Rasulullah juga ditarbiyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulullah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.
Keadaan sepi sebentar.
'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.
Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.
'TAQWA”. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwalah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyah'
'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini?  Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam HALAQAH ini?'
Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.
'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.
'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'
Mereka menggangguk.
'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.
'Antum faham tak maksud ana?'
"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.
'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.
'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'
 'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulullah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulullah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.
'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'. 
'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulullah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.
'Rasulullah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulullah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.
Subhanallah.
'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'
Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.
'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqa' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.
'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.
'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.
Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.

Sebaliknya agama ialah pakaian. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.
Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

***********
(Alhamdulillah,semoga kisah tadi membawa 1001 ibrah bagi para dai'e)

Ya Ayyuhal Ikhwan wal Akhawat,
Apabila Allah memilih kita untuk berada dalam tarbiyyah ini,di saat itu Allah sedang menarik kita semula kedalam dakapan rahmatNya.Ia juga salah satu cara untuk sedarkan kita dari lena jahiliyyah yang panjang.Allah mengasihi kita,Allah tahu kemampuan kita,jadi Dia mengurniakan nikmat paling besar yang tidak semua orang memilikinya,iaitu kefahaman di dalam Deen ini..

"Jika Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang,maka diberinya kefahaman di dalam Islam."Apa lagi yang kita mahukan? fabi ayyi alaa irabbikumaa tukadzibaan..Mengapa masih mahu berpaling? Mengapa masih tidak mahu mencari? jangan nanti kita dibilang kufur apabila telah diberi nikmat..Nauzubillahiminzalik..

Seorang dai'e,hakikat tugas adalah untuk menyeru kepada kebaikan dan kebenaran,dengan Al Quran dan As Sunnah.. bersama satu manhaj yang akan memudahkan kita bergerak dalam satu sistem tarbiyyah.Di bawah naungan ini,kita akan ditarbiyyah,dididik dan dibentuk mengikut acuan madrasah usrah Hassan Al Banna,sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat terdahulu, untuk menjadi insan-insan rabbani (robbaaniyyin), mempelajari Al Quran dan mengajarkannya(menyeru) kepada orang lain.

"Insan Rabbani, mengenakan pakaian kehidupan dengan kesadaran; mengetahui ia tidak datang dengan tiba-tiba; memahami kepada siapa ia akan kembali; mengenali dimana rumah keabadiannya; menyadari ia tidak diciptakan untuk sekedar makan dan minum, bersenda gurau, bermain-main, kemudian kembali menjadi tanah,

Insan Rabbani; bukanlah manusia malaikat yang bebas cacat; adalah manusia yang suka bertaubat; merasa menyesal jika berbuat salah; segera kembali kepada Allah jika berbuat maksiat; kadang dibayang syahwat haram lalu meninggalkannya karena malu kepada Allah; kadang dibayang harta haram lalu menolak dengan qana'ah--merasa puas; kadang dibayang kezhaliman lalu iman melarangnya dan sibuk mengingat Allah; kadang ia mampu di atas lawannya tapi tak serta merta memuaskan dendam."

Ingatlah,di saat kita pernah berlumuran noda, di saat kita adalah seorang pendosa tegar,di saat kita tidak pernah mengenali indahnya cahaya Islam, Allah telah menarik kita, Allah telah memberi kita nafas yang baru di dalam tarbiyyah,,diberiNya kesedaran dan kefahaman bahawa hakikat kehidupan itu adalah menjadi hambaNya dan menjadi khalifatullah di bumi ini.Maka dari situ kita telah diajarkanNya bagaimana untuk menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain, bagaimana untuk menginfakkan diri di jalanNya,dan bagaimana indahnya cahaya yang menerangi sehingga kita tidak mahu lagi kembali kepada kegelapan jahiliyyah yang dahulu..SubhanaAllah..

Akan tetapi, ingatlah wahai sahabat,kita ditarbiyyah bukan untuk menjadi malaikat..bukan untuk menjadi manusia maksum tanpa sedikit dosa, bukan untuk disanjung diangkat darjat mulia di mata manusia..tidak,bukan itu tujuan kita ditarbiyyah.Setiap anak adam itu pasti akan berbuat dosa,dan sebaik-baik antara mereka adalah yang kembali bertaubat pada Allah..dan jika kita tidak berbuat sedikit dosa sekalipun,Allah pasti akan menghapuskan kita dan mengganti dengan satu kaum yang akan berbuat dosa tetapi tetap kembali bertaubat mohon keampunan daripadaNya.

Allah menciptakan kita dari lumpur hitam yang diberi bentuk (15:28).Cuba kamu lihat pada tanah liat yang diambil dari lumpur hitam,betapa rendahnya tarat seorang manusia itu sebenarnya.Jika sekarang,siapa saja mahu memandang pada tanah liat yang berlumpur itu? Tiada langsung.Tetapi, mengapa Allah masih menyuruh para malaikat yang dicipta dari cahaya itu untuk tunduk sujud pada tanah liat diberi bentuk tadi? Kenapa?
Ini kerana,kemuliaan seorang manusia sehingga diangkat darjatnya sebegitu tinggi kerana ruh yang Allah tiupkan kedalamnya,ruh itu daripada Allah dan milikNya.Jadi,terpulang pada kita sama ada mahu menjadi serendah-rendah tarat ataupun diangkat menjadi mulia? Mahu menjadi mulia,maka haruslah menyempurnakan tujuan penciptaan kita,iaitu abidullah dan khalifatullah,dan menyeru pada yang lain kepada kebaikan dan jalan Allah.


Seperti dalam kisah tadi, guru tua itu menyebut, "Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqa' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'."



Allah memilih kita untuk duduk dalam halaqah tarbiyyah,bukan untuk kita melabelkan orang di yang tidak berada bersama kita sebagai orang yang buruk akhlaknya,orang yang tidak layak mendapat rahmat.Ya mungkin di saat ini kita melihat mereka bergelumang berbuat dosa,tidak mahu menyahut seruan kita untuk berbuat kebaikan,tapi kita tetap tidak boleh untuk lepas tangan begitu sahaja.Ingatlah dalam surah Al Maun,ayat kedua, "fa dzaalikal ladziiyadu'ulyatiim"- Maka dari ayat ini, Allah mahu membentuk akhlak seorang mukmin,iaitu seorang yang tidak menghina herdik anak-anak yatim.Jika kita hanya orang biasa membaca ayat ini,apa perasaan kita? Biasa sahaja.Mungkin anak yatim di situ kita anggap golongan anak-anak kematian ibu ayah, tetapi kita adalah orang yang ditarbiyyah,jadi mengikut konsep tarbiyyah, "anak yatim" di sini adalah mereka yang tiada 'usrah'(keluarga).

"Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba."
Saya sangat terkesan dengan ayat ini.Cuba koreksi diri semula,sejauh manakah kita sudah berubah sejak kita mula ditarbiyyah? Jika ada,Alhamdulillah..Allah telah menunjukkan kita ke jalanNya.Jika masih belum,cuba usaha untuk cari diri kita semula,sepertimana yang diasuh di dalam jemaah ini.Ya,setiap orang transisinya berbeza.Tidak mungkin serupa.Ada orang yang boleh berubah 360darjah hanya kerana sebuah buku tarbawi yang dibacanya,atau mungkin kerana sebuah daurah yang dihadirinya,atau mungkin juga perlu masa yang lama,berkali-kali ditakwin barulah ia mula bergerak untuk berubah.Allahualam..Tetapi,bersyukurlah kerana Allah masih beri kita peluang untuk berubah menjadi hambaNya yang lebih baik dari diri kita yang dahulu.

Dalam satu jemaah,di bawah manhaj yang sama,bahan tarbiyyah juga sama,tetapi transisi setiap orang berbeza.Cuba kita buat analogi sebegini: Dalam satu kelas, ada sistem silibus pendidikan yang tetap bagi setiap pelajar, dan guru juga mengajarkan mengikut silibus tersebut,tetapi mengapa setiap kali ujian ada pelajar yang dapat nombor 1 dan ada yang dapat nombor terakhir? Di sinilah pentingnya tarbiyyah dzatiyyah. Apa itu tarbiyyah dzatiyyah?iaitu tarbiyyah mandiri, pendidikan untuk membentuk sifat dalam diri diri kita sendiri.


 Sayyid Qutb pernah berkata," Tarbiyyah itu ibarat menggesek biola." Tali-tali biola yang mantap akan melahirkan bunyi melodi yang indah dan irama yang memukau telinga yang mendengar. Begitu juga tarbiyyah.Untuk mendapatkan tarbiyyah yang mantap, kita seharusnya bermula dari dalam diri sendiri. 10 muwasofat tarbiyyah,bertujuan untuk membantu kita meningkatkan tarbiyyah dzatiyyah.Unsur paling utama dalam acuan tarbiyyah dzatiyyah pula adalah ISTIQOMAH.


Pernah tak kita berjumpa dengan seorang murobbi yang bila mana kita melihatnya,kita tahu ia adalah seorang yang hebat.Melalui percakapannya,melalui cara pergaulannya,sebenarnya tarbiyyah dzatiyyahnya yang kerana Allah itulah telah melahirkan aura yang kita rasakan hebat itu.,SubhanaAllah..sangat mantap.


Tarbiyyah dzatiyyah bertujuan untuk membina sahsiah islamiyah muharikah,iaitu peribadi muslim yang bergerak.Seperti dalam cerita tadi,sahsiah islamiyah ini bermaksud kita bergerak bukan setakat di dalam masjid atau halaqah/daurah sahaja,tetapi bila-bila masa dan di mana sahaja.Kita membawa Islam kemana saja  kita pergi, memang itulah tujuan sebenar kita mentakwin para dai'e.Jika ada orang bertanyakan islam pada kita, didik diri sendiri dan katakan,"Lihatlah diriku." 


Seterusnya dari tarbiyyah dzatiyyah ini kita akan melaksanakan tuntutan dari manhaj tarbiyyah kita,iaitu untuk menjadi muslim muharikah yang mantap, maka perlulah dititikberatkan dengan tiga bahagian, 1) Pemahaman melalui pembacaan bahan-bahan ilmu fikrah dan buku-buku tarbawi ,2)Mutabaah amal merangkumi ibadah harian kita seperti solat dhuha,solat sunat dan ibadah-ibadah lain(akan saya sertakan borang di bawah nanti) 3) dan melalui Hafazan. Hafazan ini penting kerana Al Quran bukan setakat perlu kita fahami tetapi untuk memaknai dengan hati, dan kita bawa dalam diri setiap masa.Mungkin permulaan kita boleh bermula dengan menghafal ayat-ayat yang menjadi kesukaan kita,untuk selalu digunakan dalam hujjah-hujjah atau sebagai dalil jika ada yang bertanyakan tentang ilmu dakwah kepada kita.Dari situ orang lain akan bertambah tsiqoh pada kita,dan insyaAllah mungkin dari situ Allah mahu memberinya peluang untuk mencari lagi kebenaran.Seperti dalam hadis, “Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau (dakwah engkau) maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.” [Hadis Riwayat Muslim]

Mengapa tarbiyyah dzatiyyah ini sangat penting bagi seorang dai'e? Kerana ia adalah benteng daripada fitnah dan ujian.Rasulullah saw sendiri berkali diuji,dilempar fitnah sebagai ahli sihir/orang gila,dan diugut diancam bunuh..MashaAllah! betapa kuatnya Rasulullah saw ketika itu.Baginda juga seorang manusia,yang ada hati dan perasaan,sama seperti kita.Jadi kita juga boleh menjadi sekuat Rasulullah saw dalam perjuangan ini,andai kita mengikuti ajaran dalam Al Quran dan sunnah-sunnah baginda, dan juga kebergantungan semata-mata kepada Allah itulah yang akan menguatkan kita.


Usrah adalah wasilah yang amat penting kerana ia adalah suatu proses membina(takwin) insan rabbani.Proses ini amat lama dan memerlukan masa yang panjang,tetapi sepanjang proses ini nanti akan lahirlah para pejuang yang akan mengibarkan panji-panji Islam di medan perang.Usrah ini dibentuk oleh madrasah Imam Hassan Al Banna,ia bertujuan untuk membangkitkan semula iman yang lesu di dalam jiwa.Ya,setiap da'ie tidak akan terlepas daripada menghadapi ujian,kadangkala futur imannya apabila ditiup angin mehnah dunia.Tetapi ingatlah wahai sahabat, Allah sedang menyediakan kita untuk menjadi jundullah(tentera Allah). Sedangkan jika mahu memilih tentera untuk pergi berperang juga perlu menjalani ujian-ujian membina jasad dan rohani,begitu juga di dalam tarbiyyah dan proses takwin ini.

Jiwa yang tidak bersedia akan menghalang kita untuk berubah,makanya persiapkanlah jiwa untuk menerima perubahan.Lihat para sahabat qaidah sulbah,sahabat-sahabat muhajirin yang ditarbiyyah sejak dari zaman Mekah,mereka diseksa dengan begitu dahsyat tetapi masih tidak melawan,tidak mengangkat senjata untuk membalas semula seksaan tersebut.Mengapa? kerana waktu ini adalah waktu di mana Allah mahu memilih core hebat yang akan membantu perjuangan Rasulullah saw sendiri.Bayangkan kita sendiri mahu bergelar dai'e sedangkan ujian sedikit sudah tak tertanggung, bagaimana mungkin kita akan membawa risalah dakwah ini? Maka kesabaran itu sangat penting.Sabar dengan ujian,kerana itu adalah tarbiyyah dari Allah."Wa lirobbika fasbir." -Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah.


Sayyid Qutb," Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri,usianya amatlah pendek.Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut.Akan tetapi bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN,usianya panjang,sepanjang perjuangan itu.Bermula dari hari diciptakan Adam dan berakhir sehingga Dia memusnahkan alam."


Akhir kalam, semoga setiap dai'e terus berjiddiyah dan himmah dalam perjuangan ini.Dekatkan diri dengan al Quran,carilah hatimu di situ dan kamu akan temuinya dengan Sang Pencipta.InsyaAllah.. :)


Wa jaahiduu fillahi haqqa jihaadih, huwajtabaakum wamaajaa'la a'laikum fiddiini minharaj.
-Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (22:78)


Wallahuta'ala a'lam bissawab..
borang mutabaah amal
p/s : Maaf post ini agak panjang,berusaha menulisnya semalaman. T_T 
 Harap sabar membaca.Semoga bermanfaat.InsyaAllah. 



8 comments:

tenterayangselayaknya said...

assalamualaikum wbt.

macam...............
tahu..............
cite...........
tu................
dan...........
selalu..........
ustad tanya..........
macam setiap program.....
je........

semoga :')

syafiqah.rahmat said...

tenterayangselayaknya,
waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh..

insyaAllah.semoga juga ;') persiapkan diri untuk menjadi takwin tarbyyah.yang akan berlari ke saff terkehadapaan menjulang panji kemenangan tentera islam. :'

azzizatul.huda said...

assalammualaikum wbt

syafiqah...terlekat di hati yg part..

"Allah memilih kita untuk duduk dalam halaqah tarbiyyah,bukan untuk kita melabelkan orang di yang tidak berada bersama kita sebagai orang yang buruk akhlaknya,orang yang tidak layak mendapat rahmat"

kita fikir yg di luar sana sahaja diuji. Sedangkan kita yg di dalam halaqah itu juga yang sebenar-benarnya diujiNya.

nice post :)

syafiqah.rahmat said...

Ukhti azzizatul,

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah..betul,kita yang berada di dalam biah ini sebenarnya diuji dengan lebih hebat,iaitu HATI. hati yang ada sifat takbur tentunya tidak berguna segala amal dan ibadah yang dilakukan selama ini.Nauzubillah..semoga segalanya demi Allah..


Jazakillah kheir sudi membaca. :')

fatinmarini said...

perjuangan ini tidak mudah kerana cabaran yang paling besar adalah diri sendiri. semoga Allahh menuntun hati ini ke jalan yang diredhaiNya.

T___T

syafiqah.rahmat said...

Aiwah.Betul tu :')

dengan hati yang sentiasa bertawakal dan mengharapkan tiada selain redha Allah,mudah2an akan dipermudahkan langkah2nya..InsyaAllah..

:) barakallah ukhti..may Allah ease you.

*cik cilipadi_hafizah* said...

salam,ya ukhti ;)


dakwah itu suatu yang menyakitkan..namun, hakikatnya ia satu kemanisan..
terkadang, apabila sudah rasa tak kuat, hanya mampu mengamalkan iman yang lemah. iaitu berniat dalam hati, tapi belum mampu nak menegur..
ya Allah..moga dikuatkan hati..

syukran. artikel ni sedikit sebanyak lebih mentarbiahkan hati.

maasalamah waillaliqa' ya ukhti ;)

www.matapenaalsunan.blogspot.com

bro munnet said...

salam ukhti,

tulisan saudari mmbuatkn sy trkesima..sngt munusuk qalb, bg yg mendalaminya sendiri..
apapon teruskn brkarya di jln ini..

barakallahulaka..
jzkk..