Tuesday 6 December 2011

Sekeping Hati Baru Ku Pinta Dari-Mu

Bismillahirrahmanirrahim..


Nafas seperti makin sesak
Mahu nangis tapi tiada air mata
Lalu merontalah hati, minta dibantu
Tapi sayang hanya mampu membisu
Entah apa yang ditunggu,
Barangkali menanti runtuhnya iman
Terus bermandi dalam kelalaian

Entah sampai bila jiwa mahu kosong,
Mungkin bocor di mana-mana
Diisi amal namun semangat kian berkurang

Ke mana perginya semangat?
Air mata sudah lama tidak bisa tumpah
Barangkali sudah jemu
Walhal pintanya dari awal dulu agar hati jangan begitu

Sayang hatinya hilang
Dicari masih tidak ketemu
Lantas hanya mampu berhati palsu
Tetap bernadi berdenyut berlagu
Cuma fungsinya, tidak seperti dulu


Mohon hati baru, Ya Allah..
Mohon hati baru..
-wna

Entah kenapa.pandangan kosong terlontar di luar.
salji turun, memutihkan bumi kering Beijing.
sejuk, basah.
tapi mengapa hati aku masih kemarau?

mungkin,
tanda-tanda dosa di hati.
menutupi ruang untuk cahaya diisi.

Serius.
mahu lari.

pengecut?
mungkin.

butuh waktu sendiri.
untuk adik adik, kamu semua adalah semangat untuk akak berdiri di sini,
cumanya,
maafkan akak,tidak dapat penuhi hak kamu sebagai mutarobbi.
insyaAllah,
andai masanya sudah tiba.
kita akan bertemu juga :')
mohon doanya.


Banyak masanya dalam hidup ini, kita yang perlu mengejar tarbiyyah; bukan cuma menunggu tarbiyah berlari mendekati kita.

Dan saat kita merasa hati semakin memberat bila berada di jalan ini, ketahuilah itu tandanya jahiliyyah kembali merajai diri.

Satu hakikat yang kita perlu mengerti:
Tarbiyyah jarang sekali meninggalkan kita,
Kita yang sebenarnya selalu mengkhianati tarbiyyah itu sendiri.



saya menulis di wadah lain buat masa ini,
buat tatapan sendiri.
khususnya.

mungkin ini post terakhir.
mungkin.

semoga kalian dalam lindungan Allah, sentiasa.
:')

oh ya, saya tutup akaun di FB. boleh contact thru email, ym, atau skype. 

fi amanillah.



12 comments:

Iylia said...

saya pun baru tutup account fb =(..nak share ni boleh tak?

Unknown said...

salamu alaik...
smoga stsa dlm lindungan dn jagaan ALLAH...
ukhti,,
saat hati terasa rapuh dan goyah, 'beruzlahlah' seketika andai terasa dunia myesakkan dadamu...
tajdidkan semula niatmu, taqarrublah kpdNya dgn sedekat2nya..
hati stsa berbolak balik, ia tdk statik dn tetap, oleh itu sirami ia dgn mmbaca smula ayat2 cintaNya, janji2 yang Maha Esa...
trs brsmgt ye ukhti, tika iman trsa menurun jgn penah jemu tuk recharge nye smla..
la takhaf, innallaha ma'aki abadan :')

masitah omar said...

sedih.namun seorang daie kdg kala perlu masa untuk bersendiri.untuk berhenti seketika.mencari kekuatan pada sang Penciptanya.insyaAllah.semoga kita tsabat di jalan ini..fi amanillah..

Syafa Mohamed said...

assalamualaikum syafiqah sayang...

jangan terpedaya dengan ujian...ujian hari ini akan membantutkan kalau terus lemah,bangunlah...

tidak...jiwa pika tak pernah kosong,syafa tahu tue..mana mungkin seorang dai'e bisa melupakan Tuhannya...

jangan pernah berhenti...ummat kita sakit merana setiap saat kerana tunggu kita bangkit kuat semangat...dakwah perlukan kita,Allah juga memilih kita...teruskan melangkah pika...

kami semua sentiasa ada untuk pika...carilah himmah itu..pasti ada tercicir dimana2...

jaga hati,iman dan amal...iA,tidak bocor jika diguna sebaiknya:)

yang sentiasa mengingati kamu,
syafa

Unknown said...

Allahuakbar...kenapa kak Syafiqah? will miss u la..hati ini prlu bantuan akk... :'(

Anonymous said...

Untuk kak syafiqah..panjangkan sujudmu di malam-malam sunyi, adukan resahmu tatkala bersama Dia, sebab Dialah yang mempunyai jawapannya.Percayalah, Dia meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun demi menyempurnakan pengabdian padaNya.Jangan berhenti melantunkan ayat2 cinta meskipun kadangkala ia akan tenggelam dek derasnya airmata. Moga terus diberikan kekuatan.^^ -hazimah-

nusrah said...

syafiqah, email apa? ^^

Syafiqah Allias said...

Assalamualaikum adik sayang:)

kuatkan hatimu..
mujahidah itulah ujiannya..kegeringan hati dalam menebar cinta.
Hati yang memberi perlu menerima cinta jua..
Mengerti rasamu ukhti syg..
perit rasa bila hati yang satu tidak mampu merasa.
Pohon hati yang baru biar segar mengutip cintaNYA..mohon hati yang baru agar bisa menebar cinta..

kuatkan hatimu ya ukhti..
Ya Allah Ya Mujib..
damaikan hatinya ini..
moga kegelisahan dalam hatinya digantikan salju2 ketenangan.
:')

salam mujahadah buat mujahidah dari kepulauan utara.

Yildirim Fateh said...

tutup terus blog?

Anonymous said...

akak. kuat ya?? kerana itu pun ujian

fatinmarini said...

Salam sayang, ukhti.

Semoga baikbaik saja di sana.
Semoga Allah sentiasa memelihara hatihati kita dalam cinta dan taat kepadanya.

Biar rebah, namun jangan sampai gugur.
Biar futur, tapi jangan sampai luntur.

Syafiqah, hatihati ini diuji dengan hebat kerana Allah ingin mengental dan memperkasakan jiwa. Cinta Allah memang selalunya begitu kan? Dia mengambil sesuatu dari kita untuk menggantikannya dengan yang lebih baik lagi.

Menanti awak pulang dengan rasa cinta dan rindu.

Saya di sini juga sedang gigih mengemudi hati untuk pulang ke jalan Ilahi.

Pimpin tangan awak. Jom samasama cari hati yang hilang, jom? :')

Yildirim Fateh said...

nk tutup blog ke?