Friday 8 April 2011

Tiket Emas

Bismillah...

tiket Coldplay tu! fuh.

Pernah tak beli tiket untuk ke konsert? konsert penyanyi yang kamu minat sangat-sangat,setiap lagu dari album mereka mesti kamu hafal,sampai masuk dalam bilik air pun pasang juga lagu tu.Kira memang tahap jadi peminat-kipas-susah-mati camtu la.

Kalau kes nak beli tiket konsert ni,mesti ada yang pulun habis-habis,mane ade tiket konsert yang murah kan? Paling minima pun ada la dalam rm50, itu pun agaknya takat dapat tengok celah-celah belakang orang ramai.Berdiri pulak tu.Hujung-hujung korner.Memang still dapat masuk,tapi mana ada seat.Penat ada la. Macam mana pula kalau kita nak tempah seat yang paling selesa,siap dapat duduk dengan VIP, tengok depan-depan secara live pula ek? memang mimpi la kan.Harga dia konfirm mahal gila.Agak-agak berapa ya harganya? saya pun tak tahu.tak de pengalaman beli pun.*tak pernah dapat beli sebenarnya,sebab ayah tak kasik duit.huk.

 ***********

Okay itu cuma analogi.*tapi betul la ayah saya tak kasik duit pergi beli benda macam tu.-.-"
Sebenarnya,nak tanya, macam mana kalau kita tukarkan watak 'konsert' tadi kepada Jannatul Firdaus, dan tiket untuk ke sana adalah ? Tepuk dada, tanya iman. :)

Ramai yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk membeli tiket menyaksikan konsert artis-artis kesayangan mereka.Tapi,hakikatnya,berapa yang sanggup berhempas pulas usaha untuk membeli 'tiket' untuk ke Syurga?

Adakah mereka tidak mahu ke Syurga? Sudah tentu tidak.Semua orang menginginkan Syurga.Semua orang mahu menikmati ganjaran di Syurga. Tapi..tapi.. kata-kata kosong di bibir tanpa diiringi usaha tidak akan merealisasikan impian kita. Sudah cukup kah usaha kita untuk membeli tiket Jannah tu?

Tanya hati di dalam dada itu.
Tiket bagaimana yang kita mahu beli?
tiket yang berdiri sahaja di belakang-belakang sahaja?
tiket yang baris belakang? sehingga perlu menyusup di celah-celah orang ramai?
tiket barisan pertengahan?
atau tiket "barisan paling hadapan", tiket yang menghadap depan-depan "wajah" Allah Azzawajalla..
malah bersama VVIP Rasul junjungan,Nabi Muhammad saw dan dari golongan anbiya serta para syuhada..



MasyaAllah..tak terbayang nikmat di Syurga..
Sungguh, kalau lah manusia itu sedar bagaimana nikmat di syurga itu,pasti mereka sanggup menggadaikan segala harta mereka di dunia,semata-mata untuk membeli 'tiket' Al-Jannah ni.
Namun,masih tidak memadai,jika tiada usaha mengiringi.Bukan maksud saya amal ibadah yang menggunung tinggi dapat membeli tiket  tersebut.Tidak.Bahkan kerana rahmat dan redha Allah-lah yang memasukkan seseorang itu ke dalam syurga.Bukan kerana amal ibadah sepanjang hidupnya.Tetapi,ditekankan di sini,tidak juga bermaksud kita tidak payah beramal dan menunaikan ibadah kita kepada Allah.Jangan lupa tujuan Allah menciptakan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Salah satunya adalah, (51:56) "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." Jelas kan? Itu adalah TUGAS, dan kita wajib melaksanakan.

Tugas dan Ganjaran dua benda yang berbeza.TUGAS, itu kita wajib buat, tetapi GANJARAN (syurga) itu adalah milik Allah,dan Dia memberikan kepada hambaNya yang Dia kehendaki,yang Dia sayangi.Jadi,kalau kita menginginkan syurga Allah,first step kita perlulah jadi hamba kesayangan Allah kan? *betulkan niat,letakkan Allah sebagai yang utama ye. :)


"Sungguh,orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha terhadap Allah.Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
(Al Bayyinah 98:7-8)

Rasa 'TAKUT' kepada Tuhan itu sangat penting.Kerana TAKUT kan Allah,kita akan malu untuk berbuat dosa.Kerana TAKUT akan azab Allah,kita akan berusaha menghindari perkara-perkara mungkar.Dan kerana TAKUT itu lah,kita akan berusaha meningkatkan ibadah dan cuba menjadi hambanya yang sentiasa mengingatiNya dalam keadaan apa pun,berdiri,berjalan mahupun duduk.Dari situlah,akan terlahirnya perasaan TAQWA. InsyaAllah.

Jadi,sahabat-sahabat,
marilah kita rebut 'tiket emas' untuk ke Jannah itu..:)
pinjam kata-kata Hilal Asyraf,
"Kalau ada sepasang sayap,
marilah kita bersama terbang ke arah redhaNya,
biar nanti di akhirat kelak,
kita kan bersama berpimpinan tangan masuk ke syurgaNya.
"

Semoga nanti kita akan duduk di seat barisan hadapan,bersama-sama..
Pasti kita tidak mahu berseorangan tanpa sahabat seperjuangan menemani, bukan?
Marilah,serulah kepada sahabat lain,dan ahli keluarga yang kita cintai,
supaya sama-sama berpimpinan tangan menuju Syurga Ilahi.. 

Mudah-mudahan kita tidak menjadi golongan yang hanya berdiri di depan pintu stadium konsert yang hanya menjenguk-jenguk dari celah-celah orang ramai..

semoga kita tidak menjadi golongan yang hanya berdiri di depan pintu syurga,tetapi terhalang dek kerana dosa-dosa kita semasa di dunia..
yang hanya mencium bau kebun-kebun dan taman-taman Allah
hanya dapat melihat dari jauh syurga Allah itu.. 
Jangan ya Allah.. jangan biarkan kami menjadi seperti itu..
Kami tidak berupaya tanpaMu..:(

Nauzubillahiminzalik....:

Semoga post kali ni ada bermanfaat untuk pembaca,insyaAllah..
maaf kalau tersalah tersilap,jzzk kheir.

special thanks to Ukhti Khairun :) semoga terus berjiddiyah  semangat ya! sarang hae~ lillahitaala ^^



4 comments:

Akmal Khalidah said...

insyaAllah kak :)
nice info

Infiru said...

Alhamdulillah ^^

Salsabila said...

a great post akak ^_^
mudah-mudahan :)

Infiru said...

terimakasih husna! semoga kita sama2 duduk di seat hadapan ye. insyaAllah ^^