Tuesday 5 April 2011

Perjalanan ke Syurga

Bismillah.. 

Assalamualaikum! ha,sempena cuti panjang(5 hari je pun) ni, saya pergi bercuti dengan classmate saya~ 野三坡和十渡之旅。Alhamdulillah,perjalanan dipermudahkan Allah,segalanya berjalan dengan lancar. :) Terima kasih sahabat, for this wonderful trip! eh ada tema, 'classmateku keluargaku'~

Sebenarnya,banyak sangat yang saya dapat sepanjang perjalanan tu,time tu la macam-macam ilham and mood nak menulis datang kan? *padahal duduk dalam bilik tu hadap laptop hari-hari tapi tak nak keluar-keluar plak idea menulis. -.-" Allah.. tapi Alhamdulillah,segala pujian bagi yang Selayaknya,saya ada buat list sikit untuk point yang nak ditulis.InsyaAllah ada rezeki saya cuba berkongsi dengan sahabat semua. :)

Pengalaman paling best masa kami panjat gunung. MasyaAllah,tinggi and curam! penat sangat.tapi Alhamdulillah,semua orang saling menguatkan satu sama lain,akhirnya berjaya kami sampai ke atas.Pemandangannya membuat kan kami terkedu,terpegun beberapa saat."SubhanaAllah!" itu saja yang terkeluar dari bibir.

 *maaf,tak reti rotate.
 "Barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah,maka sungguh,dia telah berpegang teguh pada tali yang sangat kuat yang tidak akan terputus.Allah Maha Mendengar,Maha Mengetahui."
(2:256)
Sahabat, kamu pasti pernah mendengar firman Allah ini bukan? 
ya,kita juga sedang memegang tali yang sama,
tali yang menguatkan langkah-langkah kita,
tali yang akan menyelamatkan kita dari terjunam ke lembah durjana,
kamu lihat itu?
pegang kuat sahabat,agar kamu tidak terlepas genggaman!
aku ada di belakang untuk menahanmu dari terjatuh,
jangan risau,selagi mana kamu masih berpegang pada tali itu,
maka aku juga begitu.
Engkau,aku,dia,
kita serupa.

Perjalanan untuk ke syurga tidak pernah mudah kan?
kerana itulah ianya sangat mahal dan berharga.
untuk orang-orang yang betul-betul berusaha untuk menempuh duri ranjaunya.
hanya kamu sahabat, yang mampu membawa aku ke puncak sana.
aku tidak mahu berseorangan menikmati 'pemandangan indah' di puncak itu,
aku mahu kamu, bersamaku.

Makanya,ingatkan lah aku sentiasa,
setiap kali aku lemah,ingin berputus asa,dan berhenti melangkah,
ingatkan aku tentang keindahan syurga!
"Sikit je lagi, dah nak sampai puncak dah ni! bertahan ya,ayuh hulurkan tangan tu!"
terus kau sambut tanganku dan menarik aku bangkit semula.

Kau tahu?betapa berharganya kata-kata itu?
walau aku tahu kau cuma sekadar ingin memujukku,
tapi ia sangat-sangat terkesan di hati yang sedang futur ini..
langkah ini masih jauh,tapi engkau masih  tiupkan semangat untuk aku bangkit dan melangkah semula,
kita sama-sama memegang erat tali itu tidak dilepaskan,
selamatnya kamu,maka selamat lah kami.
bahayanya kamu,bahaya juga kami.
pimpin tanganku,tuntuni langkahku,
gunung,langit dan pohon bunga itu bakal menjadi saksi,
apabila kita bertemu Sang Khaliq nanti.

 sebelum panjat gunung.

sudah sampai puncak. subhanaAllah! cantik kan?
 
muke bahagia sampai kat atas.:) padehal penat gila.*ye sy pakai jubah panjat gunung.jangan tanye.=.="
****
er,sampai sini dulu.Kena tidur cepat,esok pagi ada meeting.lambat bangun habisla. banyak lagi gambar,nanti kita kongsi ye :) Semoga kita sentiasa bertawakal kepadaNya dalam apa jua perkara, dan sentiasa top-up iman dalam hati tu ye? ;) 

jzzk sudi baca.maaf macam takde apa2 bermanfaat je . T_T

8 comments:

Siti Nur Hanna said...

subhanallah...cantiknya...
gung kat sane sgt2 brbeza dgn kat m'sia kn...pika pkai jubah!!sib bek gung ni bukn hutan ujan tropika,silap2 pacat pon bley masuk aw!!hehehe...

nature's lover~`

Shaker™ said...

cantik pemandangan disana.. bila la pulak rezki nak kesana pulak :)

kid said...

salam pka :)

em hee bile panjat gunung pakai jubah rasa cam tentera yang tak kisah lah pakai baju apa pun masa tu, nak jugak pergi berjuang mase tu jugak, kan? makin lama berada di jalan ni, benda pelik yg kita selalu rasa dulu dah tak rasa pelik dah. pkai skirt mase jungle trekking pn ok je.

:)

kauthar09 said...

subhanallah, cantiknya bumi Dia...di mana2 semuanya cantikkk :)
selamat bermujahadah ukhti ",

Infiru said...

nana: kan2? gunung2 kat sini mmg camtu ^^ klu tgk lukisan2 chinese pn lukis gunung camni :) rindu plak nk tgk pmndangan kat msia T_T hee~
aah sy pkai jubah mse tu.hah.betul2..nsib baik takde pacat or lumpur2. klu tak..aish~ tak tahu nk ckp .;p hihi..

bgus nye nana,nak jdi nature lover jgak la! ^^

Infiru said...

shaker: SubhanaAllah :) mana2 pn yg Allah ciptakan sgt indah kan? :)
insyaAllah ada rezeki msti dtg jgak ke sini :)

Infiru said...

iera : waalaikumussalam iera~ rinduuu! hukhuk :(
kamu mcm mana kat sana?

haha.betul kan? apa yg kita rasa pelik utk buat dulu sbnrnye tak pelik pn skrg :) Allahurabbi..tp rsa best je.:)teringin nak jadi jundullah jgak! ^^

insyaAllah,doakan ye! ^^

Infiru said...

ukhti kauthar : betul2.kan2? ^^ hee..mana2 pn tempat yg Allah ciptakan takda yang cacat celanya :) sgt indah and perfect.

selamat bermujahadah jgak ukhti ^^ salam ukhuwwah dari sy :)
may Allah bless you always.