Tuesday, 12 April 2011

Perjuangan Belum Selesai

Bismillah...

Puisi ini buat diri sendiri, untuk mencari semula kekuatan berdiri, dengan kaki bertunjang di bumi akal mendongak ke langit. Dengan harapan langkah ini terus gagah menapak, semoga hati ini sabar mengasak.*istiqomah syafiqah!

Jazakillahu khayran buat ukhti Aishah dan ukhti Ummu Afeera

Puisi 1 :
Semua orang berjalan
Ada langkahnya besar
Ada langkahnya kecil
Ada yang masih bertatih
Ada juga lincah berlari

Semua orang berjalan
Ada berjalan bukan dengan kaki
Ada berjalan mara ke hadapan
Ada berjalan mengundur

Ada yang dalam perjalanannya tersungkur
Jatuh sujud rebah ke bumi
Ada yang lancar perjalanannya
Tapi tertanya-tanya ke mana ia berjalan

Ada juga yang salah tujuannya
Sesat tetapi enggan bertanya
Ada juga yang letih berjalan
Membina rumah di tepi pantai
Sekali ombak menderu
Hancur, berkecailah akhirnya

Semua orang berjalan,
Tetapi bukan semuanya berjuang.


Puisi 2 : 

Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
Pasti ramai yang tertarik padanya

Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya
Umpama kemanisan yang tiada terhingga

Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terlena, ingatlah janjiNya
Selamat berjuang!




2 comments:

Wan Nur Aishah Wan Ali said...

Waiyyaki ukhti sayang =)

Semoga terus tsabat. Doakan saya ye.
Insha Allah, satu hari nanti,saya juga mahu menulis semula.

Mahu menulis dengan sebenar-benar himmah.

Sebenar-benar usaha.
Sebenar-benar demi-Nya.

Doakan, doakan..

Infiru said...

Ukhti aishah! ^^

insyaAllah.sy akan selalu doakan ukhti,smoga kita sama2 tsbat di jln yg Allah.

Alhamdulillah,sy akn menunggu 'hari' itu tiba. =)

amin ya rabb.semoga setiap tulisan juga demi Dia.

semoga yg terbaik jua buat kamu :)