Wednesday, 6 April 2011

Pictures :)

Bismillah..

Hari tu dah janji nak share gambar kan ? :)

that's we called Ukhuwwah :) <3 *huk.derang lah byk tlg sy sampai naik ke puncak tu. T_T


subhanaAllah.cantik sgt pemandangan di atas puncak tu :) siap ada pondok lagi ^^

(59:21) Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung,kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah kerana takutkan Allah.

maaf still tak reti nak rotate. -.-" kene rotate awal2 la patutnye. aiseh~ maelish.

bandar antara gunung.

bandar antara gunung.



spring is coming! cherry  blossom :) cantik sangat~

****

"Sungguh telah berlalu  sebelum kamu sunnah-sunnah(Allah) ,kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan(rasul-rasul)."
(3:137)

SubhanaAllah,tiap kali berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat baru,banyak ibrah yang saya dapat.Sama ada melalui alam al wujud mahupun melalui harakat manusia di sekeliling.Semua itu membuatkan kita terfikir dan bermuhasabah balik apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini.

Allah menyembunyikan rahsiaNya di setiap penciptaan di atas muka bumi ini.Tugas kita ialah mencari dan menyelami apa yang Allah ingin sampaikan pada kita.InsyaAllah,setiap hati akan dapat merasakan sentuhan yang berbeza dari Allah. Misalnya dengan satu ayat alQuran,Allah ingin bicarakan dengan kita,oleh sebab transisi setiap hamba itu berbeza,maka penerimaannya juga berbeza.Walau dengan ayat alQuran yang sama,tetapi hati-hati itu  dapat merasakan nikmat kasih sayang Allah yang sangat luas.SubhanaAllah..

Paling mudah untuk kita ter'kesan' adalah apabila menikmati pemandangan alam yang sangat indah.Pernah tak terfikir kenapa Allah wujudkan alam secantik ini? hehe.kalau nak tahu,kena lah belajar MZ(muqadimah fi zilal) ^^ saya pun masih belajar lagi.best sangat. insyaAllah ada rezeki lain post saya cerita sikit :) 

Okay la macam panjang sangat saya bercerita kali ni kan.tapi saya nak tinggalkan satu soalan untuk kita fikir and muhasabah boleh? :)

"Jika pemandangan di dunia sudah indah dan memukau manusia yang memandang, bagaimana agaknya pemandangan di syurga yang lebih lebih berlipat kali ganda lebih baik itu ya?"

InsyaAllah,mari-lah kita sama-sama mengejar syurga, untuk bertemu Kekasih kita,Allah swt. :)
Allahuma Amin..:)


6 comments:

Anonymous said...

subhanallah.. hebatny ciptaan Allah. cantik sangat pemandangan...ooo.. kawan raihan ke?

Infiru said...

:) subhanaAllah.. ciptaan Allah takde cacat cela kan.

yup,kami classmate ^^ kenal raihan ke?

Anonymous said...

kenal camtu je.. satu kelas di matriks. smentara je.. skjp

Infiru said...

oh yeke.kecil nya dunia~ ^^ kami plak takdir temukan di sini. bljar satu kelas plak tu.^^

Anonymous said...

Alhamdulillah.. semuanya dah Allah takdirkan.. Allah merancang sesuatu yang kadang2 manusia tidak terjangkau di fikiran kita. smoga berjaya...semoga istiqomah..

Infiru said...

Alhamdulillah..:)

insyaAllah..amin2.. jazakallah kheir..semoga juga :)
may Allah bless.