Monday, 23 May 2011

Ilmu tanpa Ruh itu Kosong

Bismillah...

Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal tapi Ilmu Rasa

Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran
Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa
Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama,
tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan
Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa bertuhan
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan
tidak berlaku atau tidak ada
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan
Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan masyarakat
Sekalipun boleh memperkatakan Al-Quran
Atas alasan ilmu semata-semata
Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa
Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan
Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang
Mereka yang rasa bertuhan menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
Lantaran itulah rasa bertuhan itu
Kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan

~ Ust. Hj. Ashaari Muhammad


******

Puisi yang benar-benar membuatkan kita terfikir,apa matlamat kita selepas belajar bidang yang kita ambil sekarang ini?

Sayyid Qutb berkata," Di bawah bayangan Al Quran aku juga dapat mempelajari bahawa di dalam alam Al Wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak,kerana Allah telah berfirman dalam surah al Qamar,ayat 49 'Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi

"Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya,tetapi hikmat itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat."

Seringkali,dalam hari-hari yang kita lalui,ada perkara yang kita rasa terjadi dengan tidak sengaja,maka wujudlah istilah "kebetulan" di dalam kamus bahasa melayu,sedangkan tiada istilah tersebut di dalam Ummul Kitab Lauh Mahfuz. Kerana setiap kejadian itu telahpun ditintakan semenjak azali lagi,sebelum ruh ditiupkan ke dalam jasad. Jadi,apakah relevannya istilah "kebetulan" itu? Seakan mahu mencabar ada kejadian diluar jangkauan Allah swt, yang mana ilmuNya kalau diambil segala pohon untuk dijadikan pena,dan lautan menjadi dakwatnya,nescaya tidak akan cukup untuk menuliskan kesemua ilmu Allah..SubhanaAllah.

Dari situ,kita ketahui bahawa tiada kebetulan membuta tuli dalam kehidupan.Setiap pertemuan,setiap perkara yang terjadi,adalah dengan izinNya,yang telahpun menulis perjalanan cerita setiap hamba.Makanya,apa yang kita perbuat sekarang,adalah suatu implikasi akan setiap plot dalam jalan cerita kita.Setiap jalan dan pilihan tentunya telah diperkenankan oleh Yang Maha Berkuasa.

"Saya belajar medic." "Saya belajar engineering." "Saya ambil linguistic." "Saya major in economics." "Saya ambil tasawwuf,syariah." dan sebagainya.

Ya,setiap hamba punya jalan cerita masing-masing.Berbeda dan mungkin juga sama.Tetapi apakah tujuan di sebalik pilihan kita ini? atas dasar pemikiran apakah yang membuatkan kita memilih jalan ini? Beruntunglah mereka yang tahu bahawa tujuan mencari ilmu ini adalah semata-mata kerana Islam,kerana Allah,dan menjadi suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk berjihad demi ilmu. Tetapi saya rasa,dan yakin barangkali, kebanyakkan mereka di luar memilih hanya berpaksikan pemikiran individual. Hakikatnya,apa yang mereka pelajari itu ilmu tanpa ruh, ilmu tanpa jiwa dan tanpa rasa. Kerana pilihan itu hanya ber'ilah'kan satu---DUNIA.

Seperti dalam syair puisi tadi,"Belajar ilmu hisab atau ilmu kedoktoran Tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan, Tapi yang lebih aneh Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan" apa yang kita rasa? tertampar? tersepak? 

Baik.bagus juga sebenarnya jika rasakan seperti itu, bermakna hati itu masih ada suatu kesedaran.Kesedaran yang akan membawa ia kembali kepada Penciptanya. Ini untuk umum,bukan saya spesifik kan pada mana-mana sasaran,tidak langsung.Ini juga peringatan buat saya sendiri.bahkan setiap tulisan di dalam blog ini juga sebenarnya suara hati yang mahu sentiasa mengingatkan iman yang tidak tentu seringkali.

"Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa" .

Apa yang kita buat sekarang, sedang belajar atau sudah bekerja di lapangan bidang masing-masing mungkin, niatkan lillahitaala,kerana kita punya satu Tuhan,satu Ilah..bukan hidup kita kosong tanpa bertuhan apa-apa.
Laa ilaha illallah.. berbekalkan kalimat thoyyibah ini, majulah kamu mengejar cita-cita,tetapi bukan untuk dirimu sendiri, tetapi untuk ummah.Moga-moga ia dihitung ibadah,kerana ibadah itu tidak terskop di atas tikar sejadah sahaja. Apabila hidup diniatkan kerana Allah, biiznillah, ia juga adalah satu ibadah.Alangkah indah dunia ini jika penduduknya saling merasai kemanisan yang datang daripada kalimah tersebut.MashaAllah..

Semoga.


Lebih peringatan buat diri sendiri.Jika ada yang boleh ambil manfaat darinya indah juga.
May Allah bless.


‎"Hujan di negeri kamu itu,kamu nyatakan tiada kena mengena denganku,
sedangkan wujud relasinya,kerna yang ditimpa hujan itu adalah kamu."-Hilal Asyraf
kerana itu kita adalah SATU.satu ummah,satu akidah,dan satu Ilah. -Syafiqah Rahmat 


Syafiqah,
23 Mei 2011,
harap bermanfaat.jzkk.
-sedang mengumpulkan setiap memori untuk dicantumkan menjadi satu puzzle.

p/s : "eh belajar agama ke kat sini? pakai macam ustazah." "saya belajar bahasa mandarin." =,="


p/s : saya ada banyak muffin ^^
selamat ke kuliah :)

8 comments:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Bertandang dari bumi Mesir ke bumi Beijing, tapi masih tetap di dunia yg sama kan? (=

sihatkah ukhti di sana? moga sihat2 selalu di bawah rahmat & kasih sygNya.

perkataan 'kebetulan' itu mengingatkan saya pada lagu Kenny Remy Martin, Suratan atau kebetulan :D

Ya, manusia, saya sering pandang, sering kata, 'kebetulan...,'
terlupa satu hakikat, segalanya adalah ketetapan dari Ilahi.

Subhanallah, peringatan yang jelas utk saya muhasabah balik,
utk lebih membiasakan diri utk berkata,

"ini ketentuan dari Allah bukannya sekadar satu kebetulan."

(=

ilmu tanpa roh memg kosong. Jiwa kosong. Dan akhirnya tiada satu yg kita dapat.

Infiru said...

Waalaikumussalam warahmatullah ukhti izzati, =)

Dari jauh orang mesir berkunjung ke beijing ya? ^^ still,masih di bawah bumbung langit yang sama.Kerana itu kita juga adalah sama :') InsyaAllah.

Kheir alhamdulillah,terima kasih bertanya ^^ jarang orang bertanyakan kesihatan saya.Huk.terharuuu.Amin,moga2 kamu juga sahabat,sentiasa berada dalam redha Allah. :)

haha,ingat2.lagu tu saya suka nyanyi waktu zaman sekolah dahulu ^^

hmm :) insyaAllah,semoga lepas ni kalau terjadi yang tidak disangka,akan cepat2 mengimani bahawa itu adalah suatu "takdir" yang pasti membawa 1001 ibrah di sebaliknya.mudah2an kita ketemu hikmah tersebut :)

aiwah,betul sangat :) Wallahualam bissawab.

shameel Iskandar said...

Salam alaik.
saya rasa terpanggil utk bicarakan bait-bait ini "Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama,
tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan"

Sebenarnya, dlm hal ini, betapa ramainya orientalis termasuk K Phillip Haiti yg mendalami islam tapi mereka sekadar mengutip ilmu islam namun tidak mampu memetik hidayah Allah. Di Malaysia, satu2nya bukan islam yg memiliki Phd dlm pengajian islam ialah Dr Petricia Martinez. Keilmuannya mmg diakui tapi dia tetap gagal menggapai hidayah kerna hidayah itu milik Allah.

Sebenarnya ada beza yg ketara antara org agama(yg terdiri drp ustaz, ustazah atau berlabel ulama) dgn org beragama. org beragama walau apa jua keluluasan dan walau apa juga bidang dipelajari dan diceburi tapi jiwanya tetap berjiwa agama dan sentiasa mencari ruang dan menginatai peluang utk memantapkan kefahaman dalam beragama. Anranya org beragama ialah Allahyarham Necmettin Erbakan (seorg jurutera), Dr adl Aziz al-rantisi( doktor gigi)malah Dr Fathi Yakan, pemikir terkenal dari lubnan juga asalnya seorg jurutera.

salam ukwah fillah dari saya.

Izzati Hashim said...

Dengan jari je dah blh 'smpi' ke Beijing, tapi di alam maya la bukan realiti (=

wish to be there too, one fine day. Andai diizinkan Allah, nak menjejak juga di bumi Saad bin Abi Waqas.

Infiru said...

Shameel Iskandar,
waalaikumussalamwarahmatullah..

ya,setiap bait puisi itu punya makna yang mendalam.menusuk kadang-kadang.
sangat setuju.:) faqihu dan faquhu,bezanya antara menghayati ilmu dan mengamalkannya atau tidak.
ya,ramai yang sungguh besar jasanya terhadap ummah,seperti tokoh2 yang saudara nyatakan.Perjuangan mereka sangat hebat.MashaAllah ;')

semoga kita adalah golongan seperti itu juga.InsyaAllah.

salam ukhwah fillah kembali.
may Allah bless you :)

Infiru said...

Ukhti izzati,

Haha.betul tu ^^ dalam alam maya ni nak sampai kemana sahaja pun boleh :)
InsyaAllah,kalau ada rezeki,saya juga teringin sangat mahu pergi ke Bumi anbiya,Mesir itu :(((

Yildirim Fateh said...

tanpa amal jugak ilmu hanya omong2 kosong..

Infiru said...

:) ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.