"Saya suka berjalan sambil melihat bekas tapak kaki yang ditinggalkan di belakang."
"Kenapa?"
"Supaya saya boleh lihat semula apa yang saya tinggalkan di saat saya semakin jauh kedepan."
*salah satu babak dalam cerita korea*
Alhamdulillah..Alhamdulillah..
rasanya tak cukup hanya dengan lafaz itu sahaja untuk saya ceritakan bagaimana perjalanan cerita hidup ini,dan indahnya setiap plot yang ditulis olehNya.
Saya senang untuk menggunakan ayat ini,
"Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmaakirin"-dan manusia merancang,Allah merancang,sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.(3:54)
Dahulu,selalu bermimpi mahu melakar seribu impian di langit,biar dunia tahu apa yang dalam hati ini.
tetapi,betul kan? Allah yang merancang,kita perlu akur dan redha dengan ketentuan.
Pelbagai perkara berlaku,ada pahit,manis,senyum,tetapi seringkalinya menangis,
dan hati ini tetap cuba berdiri teguh di atas serpihan kaca.
tiba suatu saat Allah datang bersama penawar tarbiyyah,
Dia menarik diriku ke dalam pangkuan kasih dan sayangNya yang tidak pernah bertepi.
tidak mungkin diri ini menolak lagi.
Allah .Allah..
Ku bukakan hati ini seluas-luasnya,
menerima cahaya tarbiyyah yang seperti sinaran pertama matahari di waktu dhuha,
tidak panas sehingga melukakan,tetapi hangat ibarat pelukan seorang sahabat mesra,
subhanaAllah.!
Seperti kata sahabat,
Don't judge a blogger by his writing.
"berdirinya aku di kala ini,bukan lagi diri yang sama seperti dahulu,
andai itu menjadi kayu ukur untuk kau mengenali diriku,
Maaf, aku bukan sebegitu.dan jika tidak sudi,diam sahaja.
tidak perlu berkata apa-apa."
Islam membawa cahaya,saya keluar dari kawasan lumpur paya hitam pekat di dalam kesesatan,
Islam membawa cahaya,saya keluar dari kawasan lumpur paya hitam pekat di dalam kesesatan,
ke padang-padang bersih tempat yang tinggi dan cahaya terang benderang.
dan hidup dengan nafas baru.
Alhamdulillah wa syukurillah..
Doa itu adalah penghubung antara kita dan Allah,tetapi jika apa yang kita doakan itu tidak termakbul,
ingatlah,bukannya Allah tidak menjawab.
Tidak. bahkan Allah menjawab doa kita. Dengan syurgaNya.
:')
berlapang dada.itu yang terbaik :) |
Indah bukan? sekarang beritahu saya,
bagaimana mungkin saya tidak jatuh hati kepadaNya?
p/s: erk.tidak ada kena mengena dengan siapa-siapa.Ya,memang jiwanya sebegitu.
5 comments:
"Saya suka berjalan sambil melihat bekas tapak kaki yang ditinggalkan di belakang."
"Kenapa?"
"Supaya saya boleh lihat semula apa yang saya tinggalkan di saat saya semakin jauh kedepan."
#terkesan
wamakaru wamakarallah wallahu khairulmaakirin....:(
cinta Dia indah,jauh lebih indah dr segala cinta...maka xpelik kalau kita jatuh hati pd Dia^^
saya suka jalan-jalan sambil tengok tapak sulaiman.
[walaupun tkapernah tengok tapak sulaiman]
haha.
memg rugi orang yang tak kenal erti kotor pada lumpur nih.
na'uzubillah.
Ukhti Syafa :)
sihat awak?
Alhamdulillah,betul2.Bercinta dengan Allah terlalu indah. :')
Akhyar,
saya pernah tengok tapak sulaiman.(tibe)
hmm :)
Mungkin kerana lumpur itulah baru kita dapat mengenal bagaimana indahnya cahaya,dan kerana lumpur itulah kita lebih menghargai diri sekarang.Lumpur itu juga adalah suatu proses membina diri sebenarnya.
fuh.
Post a Comment