aku akan menunggu kamu. |
Sahabat,
Walau di mana mungkin kamu berada, hatta di hujung dunia,
ingatlah, ada yang masih setia di sini,
menunggu kamu kembali,
untuk kita teruskan pendakian ini.
Jika lelah,rehatlah, aku sedia menunggu kamu,
Jika letih,marilah, bahu aku sedia damparkan,
tetapi janji padaku,yang kamu akan bersama aku mendaki lagi?
aku tunggu.
;')
jangan berehat terlalu lama ya?kerana hari akan mula gelap,
kita perlu sampai di atas sebelum mentari hilang di ufuk timur.
Terkadang, ingin rasanya hati ini turut disirami hujan. Biar dingin. Biar nyaman. Moga subur tanah hati dengan baik. Kadang kala, hati harus akur. Tidak selamanya hujan akan mencurah. Tetap ada kemaraunya. Hari ini hujan pagi. Esok, mungkinkah kemarau?
Ya,post ini buat kamu. :)
Jalan ini yang paling mudah untuk sampai ke syurga, tetapi ia sangat panjang dan tidak mudah,
untuk itu aku perlukan kamu,supaya sama-sama melangkah.
tolong ya?
kembali. :)
10 comments:
penuh tersirat
akak, sedihh baca post ni . dah tu diiringi dengan laguu yang sloww dan syahdu sangat. sob3x. akak buat sendiri ek ?
Maybe this isn't for me, but I do hope it is.
Thanks for your words and encouragements.. Appreciate them.
Ingatkan saya bila terleka ya.
Sebenarnya, jujur saya kata - rasa jauh sangat2 skrg ni..
I think I'm lost in my own world now, and I don't know how to return.
Doakan saya..
Ibnu Muaz,
harapnya tulisan dari hati akan sampai ke hati yang lain.
Adik syahida,
Alhamdulillah..hee.akak buat sendiri ;) untuk para sahabat yang sedang bergelut dengan hati dan ujian,semoga terus kuat di dalam tarbiyyah ini :')
Ukhti aishah,
Ini juga untuk kamu sayang :)
Hmm..sejauh mana kamu berada sekarang,cuba berhenti seketika,dan toleh ke belakang,awak akan nampak sahabat-sahabat ini masih setia menunggu awak untuk kembali.
Semoga Allah permudahkan urusan kamu ukhti.I really hope that you'll get well soon.
Jalan ini panjang,tapi kita tetap akan bersama.Ingat ya? ;)
Nafas seperti makin sesak
Mahu nangis tapi tiada air mata
Lalu merontalah hati, minta dibantu
Tapi sayang hanya mampu membisu
Entah apa yang ditunggu,
Barangkali menanti runtuhnya iman
Terus bermandi dalam kelalaian
Entah sampai bila jiwa mahu kosong,
Mungkin bocor di mana-mana
Diisi amal namun semangat kian berkurang
Ke mana perginya semangat?
Air mata sudah lama tidak bisa tumpah
Barangkali sudah jemu
Walhal pintanya dari awal dulu agar hati jangan begitu
Sayang hatinya hilang
Dicari masih tidak ketemu
Lantas hanya mampu berhati palsu
Tetap bernadi berdenyut berlagu
Cuma fungsinya, tidak seperti dulu
Mohon hati baru, Ya Allah..
Mohon hati baru..
Allah.... ;'(
May Allah ease you ukhti..Allah sedang melihat,Allah sedang mengira usaha kamu sayang..teruskan lah membaca quran,teruskan lah beribadat,teruskan dengan mutabaah amal.. dan jangan berhenti berdoa. saya juga mendoakan yang terbaik buat kamu. jangan putus asa dari rahmat Allah ya?
dakwah ini masih perlu diteruskan,biar compang camping mana iman,biar lemah mana kaki berjalan,teruskan juga..ada tangan yang akan dihulurkan,ada bahu yang akan disandarkan..itulah ukhuwwah..;')
Allah..teringin sangat jumpa ukhti!
T_T
kruN! untuk awak juga tau tau ;) <3
Post a Comment