Bismillahirrahmannirrahim...
Di sini,saya ingin meminta maaf andai post-post sebelumnya ini agak ter'jiwang' sedikit.Betul serius ni,sila abaikan.tak baca pun tak ada rugi. Hmm..maafkan saya, penulis yang seakan makin lemah untuk menulis hakikat perjuangan.Walau jiwa masih hangat dalam tarbiyyah,hanya tangan tidak mampu berbicara.
Andai saya terleka,mahupun terlena,mohon para pembaca untuk 'sedar'kan semula.'Kejiwangan' itu hanya 1/10 dari diri ini,moga-moga 9/10 selebihnya adalah seorang pejuang yang tidak kenal lelah letih dalam perjuangan ini.InsyaAllah wa biiznillah..Sekali lagi,maafkan saya.Itu mungkin salah satu jahiliyyah yang sedang saya cuba untuk tinggalkan..InsyaAllah..Akan berusaha untuk memanfaatkan penulisan untuk artikel yang lebih bermanfaat.sekalipun iman sedang sesak lelah,akan usaha juga untuk tetap menjadi manfaat.Kerana itulah tujuan kita berdiri dalam tarbiyyah ini bukan? Hidup bukan untuk diri sendiri,tetapi adalah untuk memberi manfaat dan kebaikan pada orang lain.Dari situ datanglah makna kewujudan kehidupan ini.insyaAllah..
"Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat sebenar-benarnya." (Al Furqan QS 25:71)
"Infiruu khifaa fau'watsiqaalau'wajaahiduubi amwaalikumwaan'fusikumfii sabilillah.."
Ya Allah,pemegang hati yang berbolak balik ini..
tetapkan ia di dalam jalanMu yang satu..
jangan lah palingkan nya kepada kesesatan,
sungguh, hambaMu ini sedaya upaya mahu mencari keredhaanMu..
permudahkanlah langkah nya,
kuatkanlah tekadnya..
bulatkan azamnya..
demi mendapat keampunan dariMu..akan dosa-dosanya yang lalu..
Astaghfirullahalazim..sungguh hamba ini termasuk dalam orang yang menzalimi dirinya sendiri...
6 comments:
jangan sesekali merasakan demikian kerana cinta yang anda utarakan adalah cinta yang Allah redha.
i like this, and the first comment for this entry. sungguh, Allah bersama org yg sabar. semoga Allah merahmati kita semua :)
Alahai Syafiqah...jangan fikir begitu..Insya-ALLAH banyak je manfaatnya dalam tulisan2 awak sebelum ini...
Maaf andainya komentar2 akak sebelum ni buat awak rasa bersalah begini..huhu...
Moga terus tsabat di jalan ini,Syafiqah. Moga terus melontarkan bait-bait kata yang mampu mencuit hati sesiapa yang membacanya..Insya-ALLAH...
Ibnumuaz, jazakallah saudara.
Isna Athirah,
Amin2 insyaAllah :) yup2.sabar dan sabar~ moga kesabaran itu diganti dengan kebaikan yang lebih baik ^^
kak Nadzipah,
hee.takdelah kak,saya malu juga sebenarnya.:P
ape2 je post benda macamtu =,=" Allah hai..insyaallah..smoga sama2 kita istiqomah ye kak :)
huuu.sy akan cuba tulis seikhlas dari hati,moga2 kata dari hati akn sampai ke hati yang lain.InsyaAllah ;')
Post a Comment