Thursday, 5 May 2011

Kisah Manusia Aneh dan Rama-rama yang Indah

Bismillah...




Perasaan rendah diri itu sangat aneh,
di saat kamu merasakan yang kamu memilikinya,
ketika itu kamu sudah kehilangannya..

Itulah dia,kerendahan hati, ikhlas, dan tawadhu'. Bukan mudah, kerana ia adalah sifat tertinggi dalam diri seseorang. Ia adalah perasaan di mana bukan manusia untuk menghitungnya, cuma/hanya Allah sahaja mampu menafsir ia dalam hati manusia.

Manusia-manusia suka dipuji, suka memuji, tanpa disedari ianya telah menyebabkan perasaan rendah diri dan ikhlas lari meninggalkan empunya diri. Nauzubillahiminzalik. Namun, amal perbuatan seseorang itu hanya Allah redha jika ada unsur ikhlas di dalamnya, iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah.

"fa mankaanat hijratuhu ilallahi warosulihi fahijratuhu ilallahi warosulihi; wa mankaanat hijratuhu lidunya yusiibuhaa awimra atin'yankihuhaa fahijratuhu ilaamaahaa jarailaihi."
-Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya itu kerana dunia yang dia harapkan atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."
(Hadis arba'in, Imam Nawawi)

Apakah amal kita kerana ingin dilihat baik di depan hamba? adakah kita buat kerana mahukan pujian dari mereka? Maka,jika itu yang dijawab 'ya', hanya itulah yang Allah akan beri, iaitu 'dunya'.
Betapa ruginya kita! Sedangkan balasan akhirat itu berlipat-lipat kali ganda lebih baik dari apa yang kita dapat ketika di dunia.Rugilah hati-hati yang tadinya beramal kerana inginkan 'namanya harum' dipuji-puji manusia. Mereka yang memuji turut menanggung dosa kerana satu pujian yang telah membuatkan si pelaku timbul riak di dalam dirinya, maka diri pemuji turut terpalit dosa.

"Dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang diberikan Allah dan rasulNya kepada mereka, dan berkata,'Hasbunallahu sayutiinallahu minfadhilii warosuluhuu innaa ilallahi roghibuun.--Cukuplah Allah bagi kami,Allah dan rasulNya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.' "
(9:59)


Seekor rama-rama tidak sedar yang dia memiliki sepasang sayap yang indah, hanya mata-mata yang memandangnya sahaja mencemburui sayap yang dimiliki rama-rama tadi,
itu Imaan.

Imaan manusia lebih-lebih lagi tidak ada takat cupak nya.Imaan hadir tatkala merasakan Allah itu dekat, Imaan akan lahir ketika merasakan perasaan bersalah jika menjauh dari Allah, Imaan berada di puncak tertinggi jika sanggup berbuat apa sahaja kerana Allah.. sehingga syahid menjemputnya menemui kekasih yang ditunggu-tunggu- Allah swt.

Ya,ia aneh,kerana hati manusia yang berbolak-balik. Tetapi Allah Maha Mengetahui akan apa saja fikiran yang terlintas dalam hati manusia, hatta bisikan apa saja, katakanlah dengan nyata atau pun sembunyikanlah di dalam dadamu, nescaya tiada satu pun yang terlepas daripada pengetahuan Allah.

Mari kita renung kembali hati kita, yang mungkin sudah tiada rupa, atau tidak punya rasa, kerana kondisi itu sangat membutuhkan rawatan Ilahiyah.Wahai hati, berdeguplah dengan nama Tuhanmu, bernafas lah kerana Allah yang Satu. Semoga amal perbuatan kita selepas ini hanya semata-mata lillahitaala.Buatlah kebaikan dari tangan kananmu, tetapi jangan sampai diketahui oleh tangan kirimu.


Alhamdulillah,ini adalah peringatan buat diri saya. Harapnya bermanfaat pada anda yang membaca juga.
Jzkk.



-syafiqah,
yang menunggu-nunggu untuk menunaikan janji padaNya,
InsyaAllah.




4 comments:

Anonymous said...

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Infiru said...

Alhamdulillah, jazakallah khair.

munir said...

Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara,

Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak,

Betapa seringnya ia melihat bayangan dirinya yang terpantul oleh riak air seakan-akan bagaikan bintang yang berkilauan, sedang permukaan air adalah cakrawalanya,

Ia terbang mengelilinginya, menatapinya dan merindukan seandainya dapat hinggap padanya,

Akan tetapi hampir saja ia binasa tenggelam seandainya tidak segera sedar,

Itulah gambaran jiwa yang beriman, mustahil membodohi dirinya.Jelas sekali perbezaan antara kesesatan dan petunjuk baginya.

(Kisah rama-rama, Ahmad Mukhtar.Ar-Raqaiq)

Infiru said...

"Sampai bilakah aku berkata tetapi aku tidak berbuat,dan sampai sejauh manakah aku tetap berputar-putar tanpa mahu berhenti.

Aku telah membuka mataku akan tetapi tidak mahu memerhatikan,dan aku telah menasihati diriku akan tetapi tidak mahu beriman,

Sampai bilakah diriku beralasan dengan “barangkali” dan “nanti”, alangkah celakanya,dan sampai bilakah diriku menangguh-nangguhkanya?

Sampai bilakah diriku berangan-angan hidup terus dan lalai,padahal maut tidak pernah lalai?

Setiap hari berseru kepada kami orang yang menyerukan untuk berangkat, ingatlah,berangkatlah kalian!

Seakan-akan aku sudah dekat kepada kematianku lalu kerandaku diusung,dan aku tidak diberi masa tangguh."
-Ar-Raqaiq

Alhamdulillah alhamdulillah..Jazakallah khair ya akhi.Semoga menjadi 'rama-rama' yang indah. :)

May Allah bless you.
tc.