Friday, 13 May 2011

Mencari Ruh yang Hilang.

Bismillah..


Memaksa diri untuk tulis.
Sebaris,dua baris.tiga baris.
delete semua.

kosong.hambar.
skrin laptop berkelip-kelip,gayanya pelik melihat sang penulis seakan-akan kehilangan ruh..
kemana hilangnya ruh itu?

Sang penulis kembali memerah otak,mencari idea.
Ilham barangkali.
Tidak,mana mungkin ilham akan datang padanya.
Ilham itu adalah ilmu hadir terus dari Allah.
bukan suka-suka diberi pada hamba yang biasa.
tapi itulah yang paling didambakan sang penulis pada waktu ini.

Sang penulis memejam mata.
Kejap erat bibirnya.
Sakit.Ya, luka sedikit bibir itu diketap.
tapi tak sesakit Hatinya.
Hati itu berasa lebih sakit, pedih, rabak.

Sang penulis tahu, itu adalah tandanya dia sudah jauh dari Tuhannya..
Sang penulis juga tahu, itu adalah hukuman yang harus ditanggungnya,
Jiwanya seakan hilang pergi dibawa angin,tidak seindah musim bunga yang lepas,
musim bunganya kali ini seperti tiada warna, pudar.
Mungkin, kerana itulah ruh nya terbang meninggalkannya..

Sendiri.Jasad kosong tanpa Ilahi.


Allah......

-Sang penulis,syafiqah..
"ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan"



4 comments:

fatinmarini said...

assalamualaikumm ukhti.

rindu.
lama tak menulis.
ke mana menghilang?



adakala 'rasa' itu hilang untuk menghadirkan 'rindu' yang mendalam.


terus kuat, ya?


salam sayang. ♥

Unknown said...

salam ukhti

semoga dipermudahkanNya utk kamu terus menulis. semoga Allah redha usahamu.

Infiru said...

Ukhti Fatin:
Waalaikumussalam wbt..

hmm.:) duduk sebentar, sebelum teruskan pendakian ini. :)

betul2, kadangkadang rasa yang hadir selepas berehat seketika itu lebih mendalam.

InsyaAllah sayang.. jazakillahukheir..tidak terbalas rasanya .. ;') terharu.....

<3 <3

Infiru said...

Ukhti Azzizatul :)

Waalaikumussalam wbt awak :)

Hmm..InsyaAllah..Biiznillah..diri ini mahu menulis. cuma rasa itu kadang-kadang hilang.Perlu dicari semula.

InsyaAllah..Amin ya Allah..semoga Allah redha dengan usaha yang sedikit ini.. :")

jazakillahukheir ya ukhti..Semoga Allah permudahkan urusan ukhti dunia akhirat! terharu tak terhingga >,<